Wednesday, June 17, 2009

Art Walk (1)

Setelah disarankan oleh MD aku supaya 'behaviour' tidak 'stagmantic', aku pun melakukan perjalanan seni ku yang ke entah berapa kali agaknya.

Sewaktu di kolej seni dahulu, lecturer aku pernah membawa kami sekelas berjalan ke Balai Seni Lukis Negara yang masih berdiri teguh di berhampiran Stesyen Keretapi Kuala Lumpur pada ketika itu.

Berbalik kepada cerita aku, aku pun pergilah menaiki LRT ke Abdullah Hukum waktu 'lunch time'. Barulah aku tahu bahawa ia merupakan kawasan yang berhampiran dengan Kampung Kerinchi, tempat aku dibesarkan.Oh! aku mendapati pula bahawa ia dekat dekat sahaja dengan MID Valley. Jenuh juga berjalan di bawah mentari nan terik ini.

Selang lebih kurang 15 minit, aku pun sampai di MID Valley.
Hmn balik ke ofis naik teksi. Hihi tak larat nak jalan jauh lagi.

Puas!

Unsur seni yang aku dapati dalam perjalanan ini, nati aku terangkan di lain kali.

Sehingga itu dahulu,

Assalamualaikum.

No comments: