Sunday, July 05, 2009

Testing! Testing! Wartawan Terjun:Episod Pengenalan

Pagi yang cerah itu berlaku sepertimana biasanya.
Burung-burung berkicauan memainkan lagu yang biasa dinyanyikannya..

Taman Nakhoda Delima, Fasa 2, sebuah taman yang telah hidup lebih daripada 20 tahun.
Sekarang ini, generasi ke 3 telahpun wujud di taman ini.

Hari itu tidak seperti biasa Bagi Umar Mukhtar.
Perasaan malas memang mengusai diri.

Umar malas ke kerja hari ini.

”Bangun Umar!” terdengar laungan dari Ummi dari bawah.

Keadaan yang amat biasa bagi Umar untuk tidur semula usai solat Subuh.

Sudah 3 tahun Umar bekerja di firma pengiklanan sebagai pereka grafik.
Dengus Umar berfikir-fikir tentang masa depan kerjayanya.
Dia terlihat awan mendung hitam kelat!

”Bangun Umar!” kali ini lebih bertenaga laungan Ummi berbanding sebelumnya.

”Iyelah, iyelah.” Umar menjawab sopan.

Usai mandi.

Baju T-Shirt berbelang koko bersalut kuning dikenakan bersama seluar jeans biru gelap.
Oh, tidak lupa, wind breaker merah kegemarannya dikenakan atas pakaian berbelang itu.

Umar turun ke bawah.

Rumah teres 2 tingkat itu didiami oleh Ummi, Umar Mukhtar dan adik perempuannya Ainon Balqis.Ayahnya, Azizan Abidin Bin Maarof telah meninggalkan mereka 10 tahun nan lalu akibat jantung berlubang.
Ummi pula baru bersara sejak 6 bulan yang lalu.
35 tahun berkhidmat di bidang pendidikan memanglah memenatkan.
Universiti Malaya, bahagian sastera Melayu memanglah sebati dengan Puan Salmah Binti Hj Saad.

Menjadi tanggung jawab si Ummar sekarang, menjaga mereka sekeluarga, melindungi Ummi dan adik kesayangannya.Oh ya, Umar memang Handsome!

”Makanlah cucur kodok tu sebelum pergi ke kerja.” kata Ummi sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya ’Wanita Pagi Ini’.

Selesai makan, Umar salam ibu kesayangannya sebelum menghidupkan motor HondaEX5nya.

Umar mengelamun seketika ketika lampu isyarat bernyala merah.
Haha, kekasih lamanya yang diingatnya.Yang sudah tu sudahlah Umar yer...
PON!

Tersentak Umar dek hon dari kereta kancil di bahagian kanannya.
Kedudukan motor Umar yang mendepani kereta kancil putih itu menyukarkan pemandu tersebut untuk bergerak ke hadapan.Ya, Umar mengerti lampu sudah hijau.

Eh, ke mana pula Umar hari ini? Ini bukan laluan biasanya.

1 comment:

Unknown said...

boleh diperbaiki...
teruskan menulis