Friday, November 13, 2009

Setiap organisasi mempunyai kelebihan dan orbit tersendiri.

Salam dunia.

Anda mahupun saya, insyaallah para pendakwah
tidak akan lari dari mengesakan ALLAH, beriman bahawa Muhammad itu Rasul.

Dengan itu kita melaksanakan dakwah demi memartabatkan Islam yang kita sayangi.

Saya memillih untuk terlibat di dalam PAS dalam ruang lingkup termampu saya, sedaya upaya TANPA MEMPERKECILKAN pihak jemaah yang lain.

Masing-masing punnya peranan, kelebihan dan orbitnya yang tersendiri.

Usahlah terpedaya dengan bujukan syaitan, ingin mensensasikan benda negatif seakan-akan menidakkkan perkara yang positif yang diikhtiarkan oleh PAS.

ALLAH dan RASUL itu matlamat kita, nah tengok ke arah itu... sekiranya PAS menjadi lemah, maka yang mampu bantulah ia, bukannya menjahanamkan lagi.

Amat enak berbicara tentang kehancuran PAS berbanding mengenangi bakti PAS untuk Malaysia.

Aku tau... PAS hanyalah kenderaan, Islamlah altumatum, begitu juga dengan Tabligh, JIM, ISMA, Abim (Sorry UMNO out of the list!)

Aku takkan ketawa berdekah-dekah ataupun mensensasikan 'tepi kain' orang lain.
Kalau mampu aku bantu.

Kalau mampu kamu bantu!

Anologi mudah, semua insan unik dan ada peranannya.
Ada yang bertani, bersawah padi, pelaut, peniaga dan sebagainya.

Ya ada ramai pesawah padi di benua Malaysia katakan, aku akan promosikan beras yang aku sawahkan dan apabila ladang lain kebakaran, aku juga runsing... Manakan ladang aku mampu untuk menyajikan beras untuk semua masyarakat di Malaysia. Aku bimbang ada yang bakal kelaparan. Aku akan bantu pulihkan tanah yang kebakaran itu.

Beras diulangi beras untuk dimanfaatkan untuk sejagat dan bukannya duit semakin berlimpah dek pembeli beralih kepada kita.

Dakwah diulangi dakwah dan bukannya 'fame' kerana mad'u beralih kepada kita semakin meningkat jumlahnya.

Fikir-fikirkanlah ya...

No comments: