Wednesday, April 14, 2010

Canggung Mendonan

Canggung Mendonan merupakan Album Solo M Nasir yang ke 4.Untuk Pencinta Seni 1979(Sebelum Kembara),Solo 1988(Setelah Kembara Berpecah) Saudagar Mimpi 1992.
Canggung Mendonan dirakamkan kebanyakannya di Studio Ronggeng, Malaysia dan proses adunan akhirnya di Atlantis Recording Studio, Melbourne Australia.

Secara peribadi, mungkin dirasakan susunan musik Pheonix Bangkit lebih terserlah berbanding Canggung Mendonan. Canggung Mendonan mempunyai 'feel' Melayu manakala Pheonix Bangkit berunsurkan musik dunia atau timur tengah.

Pengamatan peribadi saya berpendapat bahawa album Canggung Mendonan ini amat jujur, juga mungkin titik tolak kepada peralihan musik M Nasir ke suatu halatuju yang di ketika itu di tahun 90an. Walaupun sudah mencipta elemen kemelayuan dalam musik MUSTIKAnya setahun sebelum album ini, namun unsur kemelayuan lebih terserlah dalam album Cangung Mendonan ini.

Setelah Album Canggung Mendonan ini, beliau melahirkan album dalam KONSERT AKAR beliau, judulnya MANIFESTASI AKUSTIKA.

Walaupun Kereta saya tak punya CD player, yang pastinya CD Canggung ini pasti tak lekang dari CD kereta saya(kalau adalah)

Saya petik kata-kata beliau dalam inlay album ini
" Sejak menghasilkan lagu dari lorong-lorong kecil dan tepi-tepi tembok batu, saya sudah bertekad untuk mencipta musik baru, bunyi-bunyian baru, gubahan baru dan era baru dalam musik.Ternyata 'baru' itu hanyalah anggapan sahaja, sedangkan musik yang dihasilkan dari jiwa yang peka dan berpandukan ilmu akan senantiasa hidup dan memberi inspirasi. 'Transcendental'. Itu yang saya sifatkan pada musik yang bukan sahaja 'berwajah' tetapi mempunyai semangat atau 'spirit' yang sentiasa meminta agar pendengar sama dibawa ke alamnya yang serba indah iaitu 'alam musik kejiwaan."

Saya bagi markah 9.7/10 untuk album kegemaran saya ini :)

Kesemuanya lagu-lagunya dalam album ini best bangat! Antaranya Mentera Semerah Padi, Secangkir Kopi Semanis Puan, Anak-anak Kita, Tanya Sama itu Hud Hud, Sentuhan Listrikmu(Your electic touch hahaha) Bukalah Hatimu(M Nasir ada rapping dalam lagu ini woo) Ada dan Bonda.

Liriknya kena dirungkai dengan ilmu. Bonda misalnya, didedahkan oleh M Nasir sendiri, berkisarkan juga dengan halatuju.

Okeh selamat mendengar, saya sertakan kepilan lagunya di dalam album Canggung Mendonan ini...



Canggung Mendonan 1993
” Secangkir Kopi Semanis Puan “
Artis ” M Nasir “

Siapakah Bisa Menduga Aduh! Sayang
Cuaca Di Pesta Tarian Gemalai
Seruling Perindu
Asyik dan Berbaur
Harum Jagung Mentega Panas
Anekarona

Malam Bulan dan Bunga Lalang Senada
Menyulam Kasih
Melamar Sang Pawana
Terbangkan Layar
Menuju Wilayah
Sentosa Yang Kami Mimpikan
Dalam Kedinginan Hujan

Merentas Jejak
Senandung Mendonan
Yang Mimpikan
Secangkir Kopi Panas
Dengan Selimut

Aduh

Wangi Suci Murni
Menyegarkan
Tubuh Yang Letih
Membawakan Nasib
Sedang Tersurat

Aduh! Nyawa
Kami Tersiksa
Bila Tersua Jelita

Aduh! Nyawa
Kami Tersiksa
Bila Tersua Puan Jelita

3 comments:

Tawel Sensei said...

Wah, kebetulan hamba pun sedang menghirup secangkir kopi panas ni.

Album ni memang best. Ala-ala membawa aura muzik sewaktu M Nasir bersama Kembara.

Sekarang ni, mana ada pengubah lagu mahu pun penyanyi yang minat membawa lagu-lagu rakyat. Padahal lagu sebegini yang kita nak dengar; semua lapisan usia pun boleh menghargai lagu-lagu seperti ni.

Kalau lagu terlalu jiwang sangat, nak ke atuk atau nenek kita dengar? Haha.

cPoL said...

ana pun minat m nasir bro... tapi xpernah ada kasetnya kerana asyik dengar kaset orang punya ekekek....

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan rumah...Er...lamanya blog ini bersawang, kan?