Sunday, February 27, 2011

Along , Angah dan piano

Diceritakan kepadaku, dialog mendidik daripada sang pendidik psikologi di rancangan radio kegemaranku.

Along adalah anak sulung dan angah adalah anak kedua.(Oh ini pengetahuan asas)
Piano adalah alat musik....(sila rujuk wiki)
Kedua-dua mereka adalah kanak-kanak wanita hahaha...

Seperti kebiasaan, papa dan mama menjemput guru musik seminggu sekali untuk mengajar along bermain piano. Rutin itu berlaku berbulan-bulan.

Tanpa disedari, sang Angah, iaitu si adik, memerhatikan sahaja kelas itu berlangsung dari kejauhan. Ya, mengintip dari jauh.

Apabila usai kelas, sang adik pun cuba memainkan piano seperti yang diajarkan oleh sang guru tadi. Ternyata sang adik boleh bermain, malah lebih mahir berbanding kakaknya, si Along.

Along, si kakak, menyedari kelebihan adiknya, merasa tertekan, merajuk dan juga terancam. Along menyatakan hasratnya kepada mama untuk berhenti belajar bermain piano kerana sudah tidak seronok lagi, kata Along kepada mamanya.

Mama bijak, mama mengatakan...

" Along kan suka main piano. Along sangat suka bermain piano. Memanglah adik mempunyai kecekapan bermain piano, tetapi itu tidaklah mematahkan semangat Along kan? Itu adik, biarkanlah dia bermain. Yang penting Along sangat suka bermain piano kan? Apa pula kena mengena dengan kebolehan adik? Along suka main, Along mainlah sesuka hati Along. Adik suka main, baguslah juga kan?. Yang penting Along suka kan?

No comments: