Thursday, August 25, 2011

Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi bakal terbit!

Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi bakal terbit!
Karya Tuhan alam semesta
Bergema dengan Namamu Ya ALLAH

Serulah Nama Tuhan jika kita kerinduan
Biar asyik dengan Doa dan Iftitah
merentang selautan biru melafazkanlah rindu.



La Tahzan jika diuji
ada cahaya daripadaNya
Maha hebat perancanganNya
Teruskan niat juangmu, cekal, bersemangatlah

Abi, Ummi, kini kami sudah mengerti
Ya, Hidup ini Pasti Melangkah!

-nota-

Setelah lagu-lagu (Filsuf Sufi) ini terperap lebih kurang 3 tahun, saya berhasrat untuk menjualnya.
Album sebelumnya, yang dijual pada tahun 2008 lepas, Revolusi Pejuang Sejati, Alhamdulillah
kebanyakannya terjual walaupun dicetak pada kadar yang sedikit.

Kali ini mungkin berbeza, moga ianya menjadi 'soundtrack' anda untuk pulang ke kampung halaman...

Antara penulis yang terlibat dalam projek ini... Cpol,Ahmad,Albazrah,AlQasam
Artis yang terlibat pula Dhuat dan disertakan juga rakaman lagu ciptaan dhuat/cpol yang dinyanyikan oleh Arraid (Hidup Pasti Melangkah) serta Duo-ikhwah (iftitah). Aku menyuntik mereka di dalam album ini kerana keindahan suara depa. Suara depa sedap woo!

Kebanyakan lagu berkonsepkan ketuhanan dan bermelodikan Pop Elecktro/Mistik.
Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut:

Karya Tuhan

Lirik ditulis oleh AlBazrah bersandarkan kitab tulisan Ulama Syed Nursi. Durasi selama 3:07 disampaikan dengan penuh bersemangat oleh aku sendiri! Liriknya yang penuh magis melantunkan inersia yang memungkinkan melodi yang indah ini.

Serulah Nama Tuhan

Lagu yang dirakamkan pada 2008 ini aku cipta untuk mencabar diri sendiri. Soundtrack Aidilfitri yang unik bagi aku.
Sekali lagi, vokalnya yang cukup bersahaja, menjadikan Dhuat adalah dia!

Iftitah

Iftitah, lirik oleh Cpol Roni, membuatkan aku terbangkit menyemarakkan melodi yang tegas dan megah.
Bersesuaian dengan gaya lagu ini, aku menjemput DUO IKHWAH untuk menyampaikan lagu ini.

DOa

Ini adalah remake album saya dulu, Pesanan kepada Dunia. Versi kali ini lebih bersungguh, lebih matang.
Ini adalah lagu favourite AlexUmar. Kami pernah sama-sama mendendangkannya(versi lama) pada tahun 2005.

lafazkanlah rindu

Selain lagu ini favourite Zainal Zulia, pengasas Sajakiri, lagu ini juga adalah favourite Cpol dan aku. Walaupun komposisi simple Verse>into Chorus>Chorus, ia amat menusuk hati. Amat!

Ya ALLAH

Sajakindah nan mendalam ALQasam, aku pinta untuk dimusikkan. Beliau 'sporting' untuk aku tunggang terbalikkan lirik. Aku pastikan maksudnya tak lari walau aku ubah posisi bait ayat. Ini adalah musik puisi pertamaku!

La Tahzan V2

Cpol menghasilkan lirik masterpiece ini dah lama dah... 2005 kot. Ini adalah versi ke 2. Kalau hangpa pi Youtube dan type la tahzan dhuat, akan kluaqla lagu ni versi yang mula-mula dulu.

AbiG3

Aku sekali lagi mencabar diri aku dengan membuat OCTAVE dengan melodi asal lagu ini. Juga ditujukan untuk anak-anak muda yang minat Trance n Techno!

Hidup Pasti Melangkah

Aku pinjam suara ARRAID, depa pinjam lagu aku. Lagu aku punya la banyak, last-last aku yang tak sedap nyanyi ni nyanyi lagu aku sorang-sorang... Yelah zaman sekarang ni, penyanyi lebih suka nyanyi lagu buatan sendiri... Lagu ini depa rakam dengan disiplin yang tinggi, vokal yang mantap, arrangement yang hebat, maka terhasillah rakaman yang berkualiti daripada ARRAID.

Karya Tuhan-akustik

Tarmizi Tam punya petikan gitar yang bersahaja dan original memungkinkan penghasilan track ini. Punyalah jenuh kami rakam berkali-kali TAKE, ini sahaja yang terselamat untuk kami dedahkan kepada khalayak.


Sekian adanya...

Selamat membeli

P/s: Cpol, AlBazrah, AlQasam, Arraid, Duo-Ikhwah, hangpa takyah beli, reply je alamat kat entry ni dan saya akan pos kat hangpa.

2 comments:

~albazrah~ said...

Terima kasih...Pos ke :

No. 37 Taman Ihsan
06000 Jitra
Kedah.

Wan Darimi said...

lot 3411 jln sekolah menengah seri budiman 20400 kuala trg
wan ahmad darimi