Sunday, April 14, 2019

Jangan merendahkan sahabat yang memerlukan bantuanmu




Setiap orang berbeza rezeki dan permasalahannya. Janganlah kerana seorang sahabat meminta 'favour' berupa pertolongan, maka dia dikecam.

Seperti halnya juga sahabat yang berkongsikan masalahnya. Jangan dinista hanya kerana dia tak sepertimu yang acah acah hebat setiap masa, bisnesman berjaya, anak berjaya dan ada gudang segalanya.

Itu waktu dukanya, waktu gerhananya. 
Tiupkanlah semangat, bantulah semampumu dan jagailah rahsianya yang diberitahumu. Dia percaya kepadamu maka dia meluahkan kepadamu.

Alam semesta ada sistemnya tersendiri, ecosistem, getaran positif, graviti, sains, fizik dan tunjangnya adalah keEsaan Allah.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

Nah, hadaplah kepada Tuhanmu dengan keadaan kamu superior than others, hollier than thou!

Masuklah syurga dengan kehebatanmu!



No comments: