Friday, October 25, 2019

Segalanya datang dalam keadaan berpakej

Sewaktu saya bersara awal di pertengahan tahun 2011, saya tak menyangkakan bahawa saya akan diuji dengan begitu hebat sekali.

Kewangan, perkahwinan, keyakinan diri, persahabatan, kepercayaan.

Syukur saya mengalami sisi kehidupan yang saya selalu inginkan.

Bebas waktu, senang solat berjemaah, tiada arahan bos.


Saya, pada waktu itu tidak redho dengan keadaan saya tak berduit, tak berkerjaya, semakin kurang pengaruh, keyakinan diri merosot.

Sepatutnya, saya lafazkan Alhamdulillah dengan pakej yang ALLAH hadirkan dalam hidupku.

Anak-anak, anugerah terhebat, aku banggakan, aku hargaikan malang tetapi, pernikahanku ke laut, dan itu aku seakan tak boleh terima keadaan itu walhal aku adalah penyebabnya.

Dalam keadaan luka dan dewasa, aku redha pakej ini hadir dalam hidupku.

Maafkan aku Ya ALLAH di atas dosaku terhadapMu.

Buat insan yang pernah aku kasihi dalam hidupku, terima kasih dan semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.

Ayah rindu Fatimah, Muhammad dan Adik Yusuf.

Lagu Ayah Rindu hanya disukai oleh mereka bertiga dan aku syukuri kasih sayang mereka terhadapku. ALLAH ALLAH...


Ayah rindu!

No comments: