Thursday, April 07, 2022

Ubah Menu Makanan

 Jikalau belasan tahun dulu, aku sering saja minum teh tais, teh tarik, milo ais,20an pula penuh dengan air gas dan sirap sepanjang masa. 30an Aku di Sabah, menu makanku segar sementelah mendapat  makanan laut segar tapi aku tak nafikan makanan merapu yang aku ambil.

20an jangan kata daging, segala isi pun aku boleh bedal..paru , hati.. cuma dah tua ni nak jaga badan, aku tak makan lah paru dan hati.. Aku sengaja elakkan.

40an ni pulalah aku mula berjinak dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dikurangi daging merah, dikurangi juga kentang, roti pula tak berapa hantu seperti muda-muda dulu.





Ni gambar sebelum pandemik. Ya ALLAH rindunya kat depa.


Aiskrim dan coklat juga berkurangan, kalau 20 dulu. ..Hari-hari mau  haha..

Air kopi pula aku ambil jarang jarang. Milo Ais juga begitu.

Banyak air putih, air lemon atau teh.


Hahaha semakin berusia, selera pun berubah!

Melepaskan Tik Tok



 Tik Tok, budaya hype masa kini, sengaja aku tinggalkan kerana aku ingin mencicipi sisi-sisi kehidupan yang jarang benar aku rasakan.

Aku sudah banyak tertinggal, menuju dunia juga akhirat khususnya.

Syukurlah pekerjaan editingku sekarang berkenaan mengupas ilmu islam.


Retropektif diri, tafakur, munajat harus diperkasakan.


Kembali berdamping dengan buku, Al Quran terutamanya.


Merangka perbelanjaan serta kewangan anak-anak aku.
Sering luangkan ruang dan kesempatan untuk bersama mereka.

Perlahan-lahan  membuat perancangan pembayaran hutang-hutang.


Berdamping balik dengan journal dan berborak dalam-dalam dengan chilhood friends.
Manfaatkan kesempatan. Mungkin aku atau kau yang akan pergi dulu.


Paling tidak kita pergi dengan keadaan bersedia sehabis baik!

Monday, April 04, 2022

Bermula!





















INNAMA KAMALUBINNIAT



Hari ini aku revamp diri aku. 


Aku restart balik.



Bermula demgan cara berfikirku.

Diakhiri dengan cara bertindakku.
Selama ini malas aku nak berfikir aras tinggi.


Tapi alang -alang dah nak jadi sebaik-baik kejadian kan, aku akan bertindak aras tinggi dan berfikir sehabis baik dan usaha sedaya manusia dan pengharapan setotalnya daripada Maha Esa setelah kita berusaha sehabis baik.


Reprogramming bermula…

Sunday, April 03, 2022

LAMBAT TINGGAL!!!


Kita akan ketinggalan kalau tidak beradaptasi dengan keadaan.
Kerusi dirampas!


Juga karyamu ketinggalan zaman sekiranya tidak mengikuti peredaran zaman.


Islam sudah lama mengajar kita. Muhasabah diri. 

Retrospektif diri.


Ia tergantung kepada kita hendak menggunapakainya atau simpan sahaja ilmu ini.


Ia digali dari dalam diri. 

Ia di-cari


Bersendirilah dengan diri sendiri moga bertemu Cinta ilahi.

Tuesday, March 23, 2021

Patutlah

Patutlah berkaca mata ayah tadi masa berjogging. Ayah buka playlist ni. Adehhh hehe jangan gelakkan ayah ye... Dah pergi sambung belajar...Dah kerja karang barulah nak Ke Korea ke ... nanti kita bincang haha