Suasana pagi itu di PPAS sangat indah! Aku dan Papa menikmati
pemandangan yang cantik di Café PPAS. Kami berdua menghirup kopi putih dengan
aroma ‘memori’ yang penuh nostalgia buat kami berdua.
Pagi itu dingin. Pemandangan pagi hijau segar. Kenangan
manis kami menikmati kopi di pagi itu sangat bermakna. PRICELESS! Bak kata
orang putih.
Papa adalah penggemar Nescafé sedari 80-an lagi. Kopi putih
itu adalah pengaruh aku terhadap Papa.
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana. Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana. Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!
Di tahun 90-an budaya minum kopi malam di gerai menjadi
budaya kami semasa bulan ramadhan seusai terawikh. Abang E, adikku Faizul, aku
dan Papa singgah di gerai untuk mencicip cangkir individu kami. Aku dengan the tarikku,
Abang E juga. Adikku Faizul mungkin dengan Milo Ais atau Horlicknya. Papa seperti
biasa, setia bersama Nescafé tarik kegemarannya.
Adikku Hafiz, pembikin filem yang mula menempa namanya,
bersama Kamil sepupuku serta adikku Safuan, kuajak menikmati kopi di kedai yang
agak mahal. Sengaja ingin kuberikan ‘feel’ yang berbeza kepada mereka.Kami
berborak lama-lama kerana tak berbaloi menghirup kopi mahal dan pulang segera
di tempat ang konon ekslusif itu. Borak filem, minum kopi. Akhirnya, sengaja
juga Hafiz membayar kopi kami J.
Hafiz sinonim dengan kopi kedai mamak, terbukti mampu menghasilkan karya
SUPERSTAR! Tanpa perlu menghirup kopi mahal!
Mama adalah pembuat kopi O yang hebat! Abang Bad dan bos aku Wan di Leo Burnett dulu, sering sahaja aku kongsikan isi kandung termos biruku. Mereka menyukainya! Selain Mama, Kak Yah juga adalah pembuat kopi O yang hebat!
Adikku Aini penggemar kopi yang tegar! Adikku Faizul juga.
Adikku Nurbaya juga. Kakakku Ainol juga. Azlan Syah juga! Kami keluarga penggear kopi.
Adikku Aini, sering sahaja menikmati kopi untuk memulakan
harinya. Kopi mahal jangan ceritalah! Kopi Kemaman Hai Peng, dialah hantunya.
Starbucks, Cool Planet adalah mainannya. Port kopi, tanya dia.
Adikku Nurbaya, sedari zaman Universiti, pemanas air dibawa semata-mata untuk kopinya. Adiku Faizul, penggemar Nescafé apabila menginjak dewasa. Pada satu ketika, beliau terpaksa minum kopi tanpa susu kerana lactose intolerance. Aku pula mengalami lactose intolerance beberapa tahun kemudian daripadanya. Beliau yang mengajarkan kepadaku bahawa badanku telah tepu untuk dimasuki susu. Ada sepanjang satu tahun itu, aku hanya minum kopi O.
Ada tiga sahabat kopi yang aku rindu untuk berkopi dengan
mereka. Elmafraqi, Tawel dan tentunya Zainal Zulia. Di kebanyakan waktu, mereka
yang belanjaku. Insyaallah aku akan belanja mereka pada waktu yang mendatang. We
shall chatting like nobody’s business!.
Berbalik kepada hero cerita ini, Papa. Semasa kecilnya,
Atukku bekerja sendiri sebagai prebet sapu. Sangat comel cara mereka minum teh
susu. Zaman tu zaman budget lah kan. Atuk aku bukannya orang kaya pun. Sebab
itu, kalau mereka minum, Atuk aku akan pesan satu teh susu dan Papa akan minum pakai piring dan Atukku pakai
cawan. Air dibahagi dua! Comel kan?
Usahlah ditanyakan kenapa aku mencintai kopi kerana ia
telahpun berkembang sekian lamanya di dalam sejarah keluargaku…
Aku akan buka kedai kopi. (Insyaallah)
Penggemar kopi putih, kopi O dan latte adalah aku!
No comments:
Post a Comment