Wednesday, October 27, 2004

MEMILIH PASANGAN HIDUP

************************

MEMILIH PASANGAN HIDUP



Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal

perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat

selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya

terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali

pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan

berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah

s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu",

"Kasih" dan akhir sekali

"kahwin".



KENAL

*****

Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam

istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi

dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya,

pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya

merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau

bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar

"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya

lagi...

"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi

"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana

waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu

kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan

kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya

kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau

sebaliknya.

Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui

sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita

boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab

dengannya....

Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG.

Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam

apa juga perkara



KELAS

*****

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak

dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada

golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.

Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama

kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.

Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang

perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA

TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk

menjaga akhlak dalam Islam.



KUFU

*****

Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan

keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan

atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud

jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi

menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang

dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti

Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan

AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita ygserba

cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak

boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama

berumahtangga.



KASIH

*****

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya

yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan

wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin.

Merujuk kepada sebuah hadis

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini

melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat

wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu

boleh

menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..

Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan

pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak

terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu

permainan pondok pondok.

Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin

kebahagian rumahtangga,.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia

hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,

Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah

menjanjikan kemiskinan.Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN,

Allah

akan menghina

keturunanya dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan

kerana

ALLAH demi

menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,

Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di

pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan di

lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan

dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.



REDHA

*****

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah

sering bertanya

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan

manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak

ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan

bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri

@

suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan

mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang

tidak

baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang

baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas

kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada

kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di

wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan

hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu

memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan

menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya

seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari

masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati

nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat,

bukan

semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada

lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih

kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua

keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang

pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah

saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke

Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang

pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang

wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa

Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama

tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama

Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu

kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat

demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah

sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat

terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy

menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana

cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada

Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Suruah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkawhin dengan orang musyrik, kerana

sesungguhnya

berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik

walaupun cantik..."

wassalam





No comments: