Friday, September 30, 2005

RINDUKU 2

gelisah apa yang bermain di hatimu
gelisah hati mendamba rindu
dalam bisik, kubina titian cinta
untuk sampai ke pelabuhan putih
ingin kupeluk cintaMu lagi
titis embun malamdingin dan kamar sunyi
tenggelam dalam ingin dan asyik
ombak rasa membuak ke langit tujuh
membentuk pelangi indah tujuh warna
satu-satu memuji dan memuji
terpesona camar, lupa arah untuk kembali
bagai terkilau sukma menatap wajah purnama malam pertama
fikirlah pada tanda dan makna
untuk mencari yaqin di Subuh lagi

kering sumur rindu
menanti panggilan Kekasih

Al-Ansar, 0722, 19032005

RINDUKU

Khaliq
dari mana datangnya rindu
bertandang, mengisi sepi
melayang, membawa diri
dalam khayal dan alpa
terbang hingga ke awan mimpi
di langit tujuh
bermain kasih
dari mana bisikan rindu
menyapa, memikat hati
melanda, membawa pergi
dibalut ingin dan ingin lagi
menyelam, mencari mimpi
di samudera jauh
cinta berputik

Khaliq
kukembalikan rindu ini
memutik, menyemai intim
menguntum, mengharum abid
dibuai menjadi mimpi terpuji
di iman, di hati
bingkisan insani.


kota damansara, 01072003


Ana suka bangat sama sajaknya cpol... duhai sahabat, bila nak pdfkan sajak2 ni atau buat bukunya.. enta jugakan designer..
buatlah sesuatu untuk karya yang beharga ini.

Seperti kebiasaannya, orang lain lebih menghargai karya diri kita sendiri berbanding diri kita sendiri.

kenapa begitu? sila comment...

Tuesday, September 27, 2005

Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1426Hijrah.
'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat
bangun
malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
baca
Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal
(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah
di
cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan
atau
jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar.
Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang
yg
meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu
rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa,
sekurang2nya
Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan
ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka
anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,
bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,
kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian
dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn
amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama
manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah
sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga
dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik
angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba
amalkan. Wallahua'llam.
(MIRAI E)

Towards The Future

Look! Look at your feet
This is the road you walk
Look! Look ahead of you
That is your future
My mother gave me so much kindness
"Embrace love and walk," she said over and over
At that time I was still immature
I didn't understand her meaning
She held my hand
And walked with me
Our dreams are always high in the sky
It's scary that they might not come true
But we still continue to chase them
Because it's our story
We don't want to give up
When I was unsure she held my hand
And walked with me
There were times when I hated that kindness
When separated from my mother I couldn't be obedient
Look! Look at your feet
This is the road you walk
Look! Look ahead of you
That is your future

There were times when I hated that kindness
When separated from my mother I couldn't be obedient
Look! Look at your feet
This is the road you walk
Look! Look ahead of you
That is your future
Look! Look at your feet
This is the road you walk
Look! Look ahead of you
That is your future
Turn towards the future
Let's walk slowly

Thursday, September 15, 2005

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Sahabatku,
Mengenalimu tujuh tahun lalu
Merupakan rahmat buatku

Sahabatku,
Kau mempunyai ciri seorang hamba Allah yang baik
Anugerah Ilahi yang mesti disyukuri
Bodohlah aku jika mengingkari
Teman yang sebaik dirimu

Sahabatku,
Kau mengajarku erti kehidupan
Tidak semua yang manis itu indah
Bukan semua yang pahit itu buruk
Redha dengan apa yang ada

Sahabatku,
Kau umpama ibu dan bapaku
Juga umpama abang dan kakak
Memberi panduan dengan ikhlas
Walaupun aku mungkin berkecil hati
Aku berterima kasih

Sahabatku,
Kau umpama cermin bagi diriku
Yang sentiasa mengingatkanku
Yang serba lemah dan lalai
Kadangkala kabur dan hampir luntur

Sahabatku,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerana kau masih sudi
Bersamaku dalam apa jua keadaan
Menenangkanku
Ketika aku kehilangan orang yang dikasihi

Sahabatku,
Onak dan duri
Dugaan dan cubaan
Sepanjang tahun-tahun ini
Menjadikan aku lebih kuat dan tegas
Dalam menjalani kehidupan

Sahabatku,
Baru aku sedar
Seorang sahabat yang baik tidak semestinya
Ada di depan mata setiap ketika
Untuk memperingat dan menasihat

Sahabatku,
Walaupun kau nun jauh di mata
Tetapi,
Nasihatmu sentiasa sampai di angin lalu
Menjadikan aku manusia yang berbahagia
Kerana masih ada yang sudi
Menjadi temanku
Di waktu suka dan dukaku

Sahabatku,
Semoga kau berbahagia
Bersama keluarga dan tugas harianmu
Mendapat rahmat Allah sepanjang kehidupan
Sebelum bertemu hari terakhir
Buat diriku dan dirimu

Sahabatku,
Ucapan Alhamdullillah kepada Allah
Dan terima kasih kepadamu
Kerana menjadi seorang sahabat
Yang terpilih dikalangan para sahabat
Yang memberi kebaikan kepada orang lain
Seperti aku

SELAMAT HARI LAHIR – 1 Nov, 2003.

w.n.afinaz
Kuala Lumpur – 31 Okt, 2003
1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,
jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.
hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati
roti itu".

2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling
mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. I! anya juga boleh
menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.

5. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi
sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga
sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

12. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal
sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah
dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al
sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam bet! ina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16. Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat
menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan
dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam
di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah
yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar.
Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak
diingini.

20. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

Wednesday, September 14, 2005

Penyanyi Asal: Othman Hamzah
Penyanyi Versi Baru: Dhuat
Melodi & Lirik: Munief & Dhuat and Associates

Siapa bilang gadis bertudung
tak menawan
Tak menarik hati tiada memikat

Kalaulah memang
tak mungkin aku tertunduk
Kalaulah sungguh
tak mungkin aku kan tersentuh

Aduhai...
Lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Tutup semua auratnya
Ayuh contoh si dia

Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang semurni adab oh
sesopan dia

Budi bahasanya
Akhlak mulianya
Tegas pendiriannya
Keikhlasan jiwanya membuatku terjaga

Monday, September 12, 2005

Lama jugak Abg Ahmad tak bersajak sebok kot...

hmnn nak taip petikan sajak yang sempat dikarang tahun ni.


Merdeka


Degupan nikmat ini,
kuhabiskan dengan leka...
sisa-sisanya hampa...

Dongak ke atas,
KebesaranNya nyata..

Dunia yang memukau jiwa..
Lemah longlai kuturutinya,
Ya, ya dan ya sahaja...
Oh sukarnya melepaskan dunia.

Kukumpul tenaga
seiya berusaha
berdekad lamanya

untuk...

menggerakkan langkah pertama

agar...

Hati ini terdetip jua, bertegas dalam bicara;
"Lepaskan dunia! Lepaskan dunia!"

Laksana!
Malas Solat Sifat Munafik


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Tafsir Surah an-Nisa' ayat 142 Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belah antara orang-orang beriman serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya (sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) (Surah at-Taubah: 107).

Dalam perjalanan pulang dari Tabuq, Rasulullah s.a.w. memerintah para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan bakar masjid berkenaan bersempena dengan turunnya ayat tersebut. Abu Amir ar-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap sebagai musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak lagi memanggil dengan gelaran ar-Rahib tetapi dipanggil dengan gelaran Abu Amir al-Fasiq (yang jahat).


Kerja orang munafik ialah menipu dan golongan munafik ini akan ada di sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Dengan sebab itu Allah Taala menguji dan mendedahkan sifat-sifat mereka di dalam al-Quranul Karim.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Surah an-Nisa: 142).

Apabila tiba waktu sembahyang mereka mendirikannya dalam keadaan malas bukan bersemangat di mana sifat malas sembahyang adalah sifat munafik. Oleh itu umat Islam hendaklah membuang sifat malas ini.

Bukanlah bererti setiap orang yang malas sembahyang, munafik semuanya tetapi sifat malas sembahyang itu menunjukkan kelemahan imannya.
Allah mahu menyatakan bahawa sifat
malas sembahyang sebagai sifat munafik sebagaimana sifat mungkir janji, bohong, khianat kepada amanah sebagai sifat munafik.Oleh itu Allah memerintahkan supaya orang Islam menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.

Rasulullah s.a.w. menyatakan sabdanya yang bermaksud:

"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."

Menunjukkan ketegasan dan kesungguhan di dalam menyuruh solat jemaah ini di mana solat berjemaah mengatasi solat seorang diri dengan pahala yang sangat
besar.

Orang Islam mengerjakan solat dengan rajin dan sifat malas solat ialah sifat munafik. Kita mesti bersolat dengan cara yang betul sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa memerhatikan sahabatnya bersolat.

Satu hadis menyebut seorang badwi mengerjakan solat tidak betul. Datang menghadap Rasulullah dengan memberi salam. Rasulullah menjelaskan bahawa orang Badwi itu tidak mengerjakan solat. Seterusnya Rasullulah memerintahkan orang mengerjakan solat semula.

Selepas itu orang Badwi itu datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan baginda sekali lagi memerintah orang itu mengerjakan solat semula. (Sepatutnya orang badwi itu bertanyakan solat yang betul tetapi ia tidak berbuat demikian).

Selepas solat kali ketiga ia datang bertemu Rasulullah s.a.w. sehingga baginda bersabda kepadanya yang bermaksud:

"Bila kamu mengerjakan solat, kamu hendaklah memulakannya dengan takbir (Takbiratul Ihram), membaca ayat-ayat al-Quran (
al-Fatihah) kemudian rukuk dalam keadaan toma'ninah kemudian iktidal dalam keadaan berdiri, kemudian sujud ....sehingga akhir hadis."

Ini menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberi perhatian berhubung dengan solat . Orang munafik bersolat juga memang mereka bersolat dalam keadaan malas, tidak belajar dan tidak bersemangat. Mereka bersolat bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Mereka bersolat takut orang kata dia tidak bersolat.

Jenis macam ini barangkali kalau solat pun setahun dua kali (solat dua hari raya sahaja) atau solat Jumaat sahaja manakala solat fardu lima waktu sehari semalam tidak dikerjakannya.

Golongan ini tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit sahaja. Yang mereka ingat mahu senang hidup di dunia ini sahaja lupa hari akhirat dan Allah yang sentiasa memerhati tindak tanduknya di dunia ini dan Allah mendedahkan lagi sifat mereka dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian
yang tetap) antara (iman dan kufur) itu, mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka engkau (wahai Muhamad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (Surah an-Nisa': 143).

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Friday, September 09, 2005

The rise of MR Dhuat!

Ana akan buat rekording balik setelah lama menyepi.
kemas studio balik.Ajak jugak si paiji skalik.

Tahun depan Konsert pertama ana. Dhuat and superfriend.

Nak kene jaga stamina, suara, berat badan, rohani, mental.

Sekarang ni kerja kat kampung kami banyak sangat.

Ninja power punyalah sedikit. Kena carik ninja lagik...

Nasib baik Kakashi kami ada ilmu penyambung sillaturrahim

Kami lega

Gambatte!
Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so very special
I wish I was special...

I don't care if it hurts, I wanna have control
I want a perfect body, I want a perfect soul
I want you to notice, when I'm not around
You're so very special
I wish I was special...

Cuba teka, lirik lagu apakah di atas?

Monday, September 05, 2005

copy and paste


Idea yang sangat menarik?adakah ianya berkesan?

Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri Rm 2.00

Mahu supaya harga petrol turun?

Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth
menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan
beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu.
Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak
membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam
rancangan ini.

Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter petrol
adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif
untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan penjual.
Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna perlu bertindak.
Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan
kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu dengan tidak membeli petrol
darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini :

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK BESAR (iaitu ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak dapat
menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.

Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,
SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan . Saya akan terangkan bagaimana. Saya menghantar
mesej ini kepada ramai orang.

Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x
10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10
= 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya
telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.



Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej ini
kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari
ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita
menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan
dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka
anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia akan membuahkan hasil.



Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN
KOMITMEN ANDA SEHINGG A MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SE
LITER.

Mudah saja, cuma forwardkan email ini, kemudian
beli saja petrol dari Petronas, Caltex, BP sahaja, jauhi anda dari stesen
petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Friday, September 02, 2005

Bait-bait berikut kupetik daripada himpunan-himpunan indah Paiji. (jgn mare yek Paiji)

1)

"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak mudah hilang ditiup angin."

2)

Kadangkala Allah swt hilangkan sekejap matahari
Kemudian Dia datangkan pula guruh & kilat
Puas kita menangis mencari di mana matahari
Rupa-rupanya Allah swt nak hadiahkan kita pelangi...