Thursday, January 12, 2006

Serlahkan JIWAmu

Pernah dengar tak istilah bangkai bernyawa?
Kenapa dia jadi begitu?

Ya, kerana rohnya mati.

Aku memang akui, cara terulung adalah dengan penyerahan total kepada ALLAH.
Doa, Baca Quran, Solat

Namun di sini, ingin aku suntik beberapa cara alernatif ntuk membangkitkan semangat.

1)Pergi ziarah tempat kamu dibesarkan-kenangan indah
2)Lihat foto lama yang membangkitkan semangat juang,setiakawan.
3)Lakukan perkara yang kamu passion mengenainya.

Aku terangkan lebih lanjut mengenai no 3(kredit to Enai kerana mengajarkan)

Benda yang passion ni adalah perkara yang kamu lakukan dengan begitu obsess dan teliti juga bersungguh kerana temui kepuasan.

Aku bagi contoh seperti rakaman,gerdening,bersukan,menjahit,memasak,berbasikal,camping,outdoor games,pS2,

atau apa sahaja perbuatan yang menyegarkan jiwa seseorang.

Perbuatan ini akan menjana tenaga kepada keseluruhan prestasi tenaga/minda/fizikal/roh seseorang.

Contohnya Abu, dia telah meninggalkan nyanyian karaokenya yg selalu dinyanyikan berseorangan di dalam biliknya selama 3 tahun nan lalu.

Sahabat baiknya mendapati bahawa Abu telah kehilangan jiwanya merangkap terus kepada kelesuan pada fizikal Abu.Kerja daawah Abu tak seperti dahulu... lemah dan tak bermaya.

Maka, sahabt2 baiknya telah membuat suprise lalu menjemput Abu supaya datang ke rumah Ahmad dan melakukan rakaman.

Hasil yang hebat! seminggu selepas itu Abu begitu bersemangat dan dia berterima kasih kepada sahabat2nya kerana mengingatkan akan hobinya yang memang menjadi sebagian dari hidupnya lantas membangkitkan semagat sedar dan bawah sedar ke atas diri Abu.

Hobi Abu bukanlah merupakan perkara yang laghro, tetapi ia merupakan suatu caj2 yang positif yang lama tidak dicajkan, menyebabkan prestasi daawah Abu di tahap yang lemah.Terkadang kita lupa, mungkin juga mengabaikan, akan hobi2 yang kita sangat2 suka sehingga membuatkan mood diri kita di tahap yang minimum.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menafikan teknik ulung untuk menaikkan semangat, tetapi ia bertujuan untuk membuka perspektif baru serta sekadar berkongsi "pendapat".

No comments: