Wednesday, February 15, 2006

Cantik Menarik Kau Memang Da Bomb!!!

Aku Akui akupun belum mencapai tahap tsiqoh, tetapi penerangan harus diteruskan.
Memeritahu orang faham,

Aku petik beberapa email dan aku compilekan untuk tatapan kalian semua.

moga bermanfaat.


Artikel Asal

Salam,
Artikel dari Majalah i ni memang cukup menarik. Ana sangkakan perkara ini hanya berlaku di uniten sahaja, rupa2nya ia adalah suatu realiti yang telah menular di dalam jamaah kampus lain. Hakikatnya ia semakin menjadi2 sejak akhir2 ini. Mungkinkah ini antara faktor pemuda pemudi yang berbai'ah semakin "lemah"...lemah kerana "cinta Islamiyyah"??? Mungkinkah ini adalah kifarah dari Allah di atas dosa2 dan kealpaan kita sbg abang-abang dan kakak-kakak? Astaghfirullahal'adzim...astaghfirullahal'adzim...astaghfirullahal'adzim...

CINTA ANTA ANTI

Dipetik dari Majalah i Edisi Februari 2006

Oleh: Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah."

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Allahu Ta'ala a'lam...


Komen 1

Ini Lajnah Pembangunan Pelajar Negeri perlu berikan
perhatian dan
penekanan.... bahaya ini... patutlah dah lemah
semua...

Ana kenal juga dengan Ustaz Mazlee Malik ini seorang
Pensyarah di UIA.
Aktivis NGO, Suara Palestin, JIM, dll. Ana yakin
beliau menceritakan dengan
ikhlas dan memerlukan bantuan, mungkin. Lebih malang
lagi jika yang terlibat
itu semua pelajar2 aliran jemaah pas... Berat ni...

AMA



Komen 2

Assalamualaikum

Saya telah membaca artikel yang menarik tersebut. Saya
ingin memberikan beberapa respon berdasarkan
pengalaman yang sedikit semasa di kampus bersama
dengan kepemimpinannya.

1. Saya tidak menafikan perkara ini wujud tanpa
mengira kampus. Ia merentasi persoalan mana-mana
jamaah tidak kira PAS, JIM, ABIM, Hizbuz Tahrir, Isma,
ikhwah dan apa sahaja yang wujud. Ia sudah wujud sejak
wujudnya manusia. Ya ia adalah masalah CINTA. Cinta
manusia lelaki kepada wanita dan sebaliknya adalah
fitrah. Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW yang
terkenal berkenaan masalah Niat. Oh rupanya di dalam
jamaah Rasulullah SAW yang sedang dididik oleh baginda
sendiri itupun masih ada yang berhijrah kerana CINTA
kepada aweknya. Bukan kerana Allah dan RasulNya. Tapi
apa yang dia dapat. Tak Perlu jawab kot sebab Nabi dah
Jawab. Bagi saya ia adalah satu proses berterusan
mengislah diri dan jamaah.
2. Persoalan ini bukan CINTA manusia berlainan jenis
sahaja. Dalam Surah at-Taubah ayat 24, Allah
mencatatkan 8 jenis cinta. Disebut oleh Hamka, Abbas
tak sanggup bersama Rasul kerana rumahnya. Selepas
ditawan di Badar, beliau terpaksa membayar tebusan dua
kali ganda.
3. Masalah kalimah cinta sudah diislamikkan tidak
boleh dijadikan alasan menghalalkan apa sahaja.
Penggunaan ayat dan hadis mungkin berlaku untuk
menghalalkan cinta ukhuwwah itu, namun bagi saya ia
adalah persoalan yang lebih spesifik. Waktu adalah
terbatas untuk mengajar tafsiran sebenar ayat-ayat
itu. Kalau adapun hanya usrah itupun kalau ada. Sistem
pendidikan tidak mengajar itu semua. Sekolah menengah
hanya ada beberapa jam seminggu untuk mengajar
pendidikan agama. Di universiti hanya ada beberapa jam
kredit sahaja. Tak percaya jenguk-jenguklah Hatta UIA
pun. Kecualilah fakulti yang specifik pengajian Islam.
Kalau Uniten, UTP, UTM, Fakulti engin, toksah cakapla.
Saya melihat ini adalah peranan berterusan yang di
mainkan oleh jamaah. Walaupun banyak kelemahan, ia
memberi kesan yang besar. Kita akur jamaah perlu
bermula sejak PASTi dan Sekolah rendah. Ia Perlu
kepada MURABBI bukan hanya sekadar guru yang makan
gaji. Ia perlu kepa environment yang KONDUSIF. System
Tarbiyyah yang teratur. Ia memakan masa….

4. saya melihat kes-kes yang dikemukakan adalah
kes-kes terpencil. Beberapa perkara perlu diberi
perhatian dalam menilai kes-kes itu.
a. Adakah ia berlaku di kalangan pimpinan tertinggi
atau hanya anak usrah biasa. Ataupun yang sudah kecewa
dengan jamaah atau hanya mengaku berjamaah? Sekiranya
melibatkan pimpinan tertinggi ia adalah sangat bahaya.
b. Adakah melibatkan seseorang yang komited dengan
jamaah sejak kecil? Mengikuti program tarbiyyah sejak
bangku sekolah rendah dengan mengikuti system
tarbiyyah yang komprehensif? Sekiranya ya, ia adalah
bahaya. Sekiranya beliau baru diislamkan fikrahnya
siapa kita perlu persalahkan? Masuk universiti baru
kenal Islam, jemaah, kopiah, serban dan tudunglingkup.
Bagi kita inilah peranan tarbiyyah, ia mendidik secara
konsisten. Bukan terus berubah pada hari pertama ia
kenal perjuangan Islam. Zaman Nabi ada Badawi kencing
dalam masjid, Nabi tak bunuh, suruh sahabat kejar pun
tidak. Nabi kata bagi di sudahkan hajatnya. Sebabnya
kita fikirlah.
c. Bagaimana dengan jamaah yang beliau sertai? Adalah
jamaah yang realistic atau theoretic? Atau kedua2nya.
Atau bagaimana dengan usia jemaah tersebut di kampus?
Berapa bilangan ahlinya? Dari 1000 ahli adakah
kesemuanya terlibat? Atau hanya seorang atau dua
orang? Adakah sudah menjadi adat? Sudah menjadi
kaedah, kita menghukum sesuatu itu dengan kita
mempunyai tasawwur terhadap sesuatu.

5. Suasana ini tidak baik. Tambahan pula sekiranya
beliau adalah bakal pimpinan harakah Islamiyyah. Ia
perlu dikawal. Ia sudah ada. Ia belum sempurna dan
terus ke arah itu. Ia adalah proses kematangan
gerakan. Kadangkala kita perlu bermula semula.
Alangkah luasnya medan Amal. Tetapi menghukum secara
langsung tidak Islamic menyebabkan kita kehilangan
manusia yang mempunyai prospek masa depan sedangkan
kita tiada manusia yang sempurna. Inilah jamaah
namanya ada yang kuat, ada yang lemah. Bantu-membantu.

6. Sejarah gerakan PAS yang panjang ini menyaksikan
kadang perkara ini tidak terhenti disitu iaitu cinta
islamiyyah, kahwin Islamiyyah dan terus kepada Harakah
Islamiyyah. Ada yang tiada itu semua tanpa cinta,
tanpa kahwin sesama jamaah tetapi mereka sungguh komit
dengan jamaah. Tetapi kadangkala ada cinta itu, ada
kahwin itu, tetapi Harakah Islamiyyah selepas grad
entah ke mana. Kadangkala isteri yang kita dapat dari
Baitul Muslim itulah penghalang besar dakwah.
Kadangkala Isteri yang suami yang dapat dari bukan
Baitul Muslim itulah pendorong terbaik. Entahlah….
Lihatlah diri sendiri… Tapi kita tetap dapat apa yang
kita hajati.

7. Saya kira inilah pentingnya kuasa pemerintahan.
Kita boleh tentukan polisi dan program. Kalau bercakap
tanpa kuasa kadangkala kita lebih banyak mengeluh dari
bekerja. Sebab itulah kita masuk pilihanraya nakkan
kuasa itu. Sebab itulah Nabi berhijrah supaya agama
ini lebih berkesan. Supaya kita mudah didik anak
bangsa ini.

UN


Komen 3

yang mulia ustaz N,

terima kasih dengan falsafah cinta anta tu. ana pun setuju.

tetapi secara rambang berani menyokong masalah cinta haraki dan merbahayanya. ana berpendapat ini kesan liberalisasi pemikiran y6ang di bawa juga oleh orang-orang yang dahulunya mendidik ana dan sahabat2 generasi kita dengan pendekatan yang lebih rigid.

ana ingat lagi masa di sekolah, meeting dengan muslimat di balik tabir. begitu juga semasa di kampus.

sekarang, kita sendiri yang mengajar mereka supaya lebih liberal. ia tidak salah.

cuma,

mengapa ada ulamak yang menghukum haram mencukur janggut sedang ada ulamak yang membenarkannya? kenapa ada hukum yang mengharamkan pemuda berseorangan dengan mayat wanita sedang ada yang mengharamkannya? kenapa ada ulamak yang mewajibkan menutup muka sedang ada yang mengharuskannya?

bagi saya,

itulah hikmah yang patut kita pelajari apabila mendidik generasi muda hari ini. lumrahnya, jika kita telah melonggarkan mereka diperingkat awal, mereka akan mudah lebih longgar akhirnya.

mungkin nampak "medieval/totok" jika muslimah kita berfurdah atau bertudung labuh dan berjubah, tapi itu dapat membiasakan diri mereka agar tidak memakai pakaian ketat dan membuang tudung hatta berkahwin dengan suami non haraki.

jadinya,

saya berpendapat isu ini perlu dibincangkan dan diambil tindakan kerana ia ada significant dalam tarbiyyah adik2 kita. sekurang2 nya mereka faham dan tidak terlepas ke dalam kawasan "syubhah" dan lebih malang masuk kawasan yang haram seperti dijelaskan di dalam hadith yang msyhur itu.

nak jadi ceritanya, mlm tadi sahabat ana yg balik dari mesir pun berhadapan dengan masalah yang sama di al azhar. kerana adik angkat punya cerita, nauzubillah, akhirnya termengandung.

itu budak mesir, macam mana jika ia berlaku di kalangan adik2 di kampus tanahair?

kan haru dibuatnya...................................

MH


Komen 4

Assalamualaikum.

Nak komen skit je...sebab dah terbaca. Boleh kot...Semasa saya mengajar kat UTM Skudai dulu...pernah saya mengajar Subject : Technical Project Writing. Subject ni utk budak final year. SO main assinment of courselah buat project proposal. So adalah seorang budak ni yang saya perasan asyik monteng klass dan tak pernah datang jumpa utk discuss pasal topik Project dia. Dah banyak kali pesan kat member2 dia suruh mai klass pun takde gak. So bila dah tinggal 2 hari lagi nak deadline saya pun gilah carik mamat ni. Baru jadi lecturerlah katakan..so semangat sebagai pendidik tu tengah berkobar-kobar! Punya baik lecturer siap gi carik student... So kawan2 dia kata Encik pegi cari dia kat Pejabat MPP mesti dia ada kat situ. Mamat tu rupanya kalau tak silap masa tu Setiausaha PMI UTM (apalah punya SU PMI, tak antar assignment n tak datang klass...jadi fitnah kat Jemaah je..) So bila jumpa dia saya terus suruh dia pi ofis saya. Masa tu saya zaman jahiliah lagi...walaupun kira caring gak ngan student tapi cakap tu memang selalu lepas je... So saya tanyalah dia "Apa masalah hang??" " Saya memang ada masalah skit Encik. Semester ni tak pat tumpu kat studies" "Apasal?" saya tanya... " Macam ni En..ada seorang Muslimat ni, saya takde apa-apa pun ngan dia.. tapi dia suka kat saya... TApi baru-baru ni dia bertunang plak dengan orang lain...So tu yang saya masalah skit nak concentrate study sekarang ni? "Abis tu apa sebenarnya masalah engkau!!! Hang kata hang takde apa-apa kat dia so pedulik apa dia bertunagn dengan orang lain!! Saya pun dah meninggi suara dengan dia sebab terperanjat beruk dan dissappinted dengan Pimpinan Pelajar yg ada attitude cam ni terhadap study!

So saya bagi gak dia can 3 hari utk siap assignment and after 3 days he sent rubbish to me so Fail le... apa lagi.

Main point nya the above incident happened in 1992! Dah lama pun sebenarnya benda cam ni berlaku... Antara puncanya saya rasa adalah:
1. Diorang ni tak sedar atau tak disedarkan that tanggungjawab utama kat IPT is to Study! Study! and Study! Itu AMANAH!! Bila dah excell dan pandai bagi masa blehlah nak bantu buat kerja jemaah. Diorang kena tau Kalau diorang fail ia jadi fitnah besar kat jemaah.
2. Kalau dah tau diri tu average student ..yg pi sampai ponteng klass dgn alasan buat kerja jemaah tu kenapa?? Kat Kampus cam nak rak Ceramah...macam nak tegakkan Daulah Islamiah kat Kampus plak...tp bila grad suruh datang usrah pun LIAT. So nampak sangatlah kefahaman diorang ni masih longgar sangat2 ataupun masa kat Kampus tu aktif dalam jemaah cuma nak impress seseorang??? (not all ya...)
3. Lagi satu dah tau diri tu tak kuat semangat untuk bercinta dan ada risiko untuk dikecewakan sape suruh gatalll...bercinta. Orang lain pun bercinta gak...tapi lepas break-off dapat 4 Flat trus. Study maut lepas break-off sebab tak sanggup nak dapat grade teruk dan dikatakan oleh si Ex- ni ..."tengok break ngan aku sampai efeect study dia...punyalah power cinta aku kat mamat ni"...So taknak tunjuk ada effect dan pride punya pasal study macam nak rak dan bukan sebaliknya ...menangis peluk bantal sampai basah bantal!! Especially yang lelakilah....For God sake janganlah lembik macam kangkong akibat putus cinta....Camnelah nak jadi Pejuang Islam kalau korang camni.

Saya baru habis baca sebuah buku mengenai Pergerakan Hamas semalam. Banyak kali air mata saya mengalir masa baca buku tu. Semua pimpinan dan begitu juga Pemuda Pemudi Briged (Military) Al-Qassam HAMAS mengimpikan utk mati Syahid. Apabila berita kematian mengenai Pembantu Kanan Sheikh Ahmad Yasin disampaikan kepad ahli keluarganya...Anak-anak dia yang masih kecil menjerit "Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Baba telah Syahid di jalan Allah seperti yang dikehendakinya". Boleh ke kita bayangkan keadaan ini??? SEMUA pimpinan kanan Hamas sekarang yang masih hidup pernah dipenjarakan dan pernah diserang dengan PELURU BERPANDU Israel sampai ade yang cedera parah. Dan hampir kesemua Pimpinannya sudah kehilangan samada Pembantu mereka atau anak-anak mereka semasa seragan Israel. Dan Pemuda-Pemudi HAMAS bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa untuk menyerang Israel dan sentiasa bersiap untuk MATI!!!

So pasal tulah Allah dah bagi kemengan pada HAMAS. Kita...generasi muda tgh sibuk dgn "Kau ...memang debomb" So rasanya elok jugak kalau yg minat sangat nak bercinta tu...apa dia panggil ..."Cinta Ukhwah?? dan minat sangat dgn lagu "Kau memang Debomb" Kita hantar je diorang ni pegi Palestin semoga diorang dapat peluang kene BoMB dan mudah-mudah dia dapat bertemu dengan Allah sebagai seorang Syahid. Kerana hanya itu sahaja Cinta yang Sejati adik-adikku sekelian.

Wassalam

ZN

No comments: