Thursday, February 23, 2006

Cuba tengok ke dalam cermin.

Adakah kita sama seperti 5 tahun nan dulu?
Roh,Mental serta Fizikal?

Adakah bila kita bercakap, umpama kita tengok cermin? (tampak hebat)
Tak memperdulikan pendapat org lain, ialah-kerana kita hebat.

Apabila tengok gambar foto lama,
tumpuan terhadap imej yg diberikan hanya khusus muka kita sahaja.
Bagaimana sahabat2 kita yg lain yg tertera dalam foto tersebut?
Tidakkah mereka bermakna?

Syok sendiri apabila berkata-kata.
Tengok cermin, pantulan muka hensem bila bercakap.
Ya Kita VOKAL, tetapi mengguris hati-hati yang lain.

Tengoklah cermin demi perubahan ke arah kebaikan.
Hentikan tengok cermin untuk syok sendiri.

Cuba tengok ke dalam cermin.
(sila muhasabah diri kamu dari 5 tahun yg lalu)
Bagaimana kamu 5 tahun nan lalu? Bagaimana sekarang?

Masihkah kamu redho/bermegah terhadap diri kamu..
(yang pada pendapat kamu kian hebat)
atau masih statik! mungkin juga merundum :(

Ketahuilah bahawa sesungguhnya,
sahabat2 kamu adalah cermin2 kamu yg terhebat anugerah ALLAH

Mereka akan membantumu...

Tolonglah...
Demi ALLAH dan Rasulnya

Berubahlah!
Berubahlah!!
Berubahlah!!!

No comments: