Thursday, February 09, 2006

Saksikanlah Siaran WTV8, siaran Web TV alternatif yang mengemukakan rancangan-rancangan menarik, berani dan terbuka sesuai untuk masyarakat yang dahagakan maklumat dan berita alternatif.

Terus ke http://www.selangorbaru.org

Intisari rancangan WTV8
Sabtu 11 Febuari 2006


9.00 malam - Bacaan al Quran
Susunan Rancangan
- Berita WTV8
- Rancangan hiburan “Santai”
- Bicara WTV8 (Secara langsung)
“Sejam bersama Pak Said Zahari”
(bekas tahanan ISA 17 tahun)
- Tazkirah: Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
- Negaraku

Rancangan menarik:

Bicara WTV8

Saksikan rancangan forum secara langsung selama sejam terus dari Studio WTV8. Tetamu kali ini adalah PAK SAID ZAHARI, bekas Pengarang akhbar Utusan Melayu dan bekas tahanan ISA yang merengkok di Penjara Singapura selama 17 tahun kerana mempertahankan prinsipn perjuangan.

PAK SAID akan berkongsi pengalaman beliau dalam tahanan, memberikan ulasan sejarah tanahair melalui versi yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda menyaksikan luahan hati Tokoh Pejuang Negara yang tidak pernah diiktiraf ini.

No comments: