Saturday, March 18, 2006

Teori Musik Dhuat 3 | Subtance :Integrity

Kita sampaikan apa yang kita faham.
Luahkan apa yang kita rasa.
dengan Soul (roh ) maksud di sini.

Seorang Mujahid menyampaikan lagu semangat juang lagi berkesan
berbandiung penyanyi nasyid retorik menyampaikan nasyid perjuangan.

Kerana Mujahid itu mempunyai roh dan juga titik temu untuk menyampaikan
mesej itu dengan berkesan kerana dia merasai apa yang dia ingin sampaikan.

Menyampaikan nasyid perjuangan bukan stakat menterjemah maksud perjuangan shj,
tetapi menyerapkan dengan berkesan perasaan cita terhadap perjuaangan.

Kebiasaannya ada 3 main target audience.

1)Faham Islam
2)Tak faham Islam
3)Di antara ke dua-dua di atas.

Memberi kefahaman terhadap Islam nan syumul kepada 2 dan 3 adalah lebih bermanfaat berbanding memberi faham kepada 1.

Untuk yg nombor 1, ana mungkin meneruskan nasyid agar mereka istiqomah dan menjana semangat juang nan kental.

Seharusnya fokus aku dilebihkan untuk nombor 2 dan 3.

So mintak maaf ye kepada para peminat kalau2, lagu yg ditujukan kepada kalian kian berkurangan.

mereka lagi memerlukan.

Kita penasyid seharusnya peka, ikhlas dan matang.
Insyaallah mad'u kita kan faham tentang mesej Islam yang ingin kita beri mereka hayati.

Wallahua'lam

(aku tahu, cpol pasti setuju ngan aku...)

No comments: