Wednesday, November 29, 2006

Nak dengar Lagu yang Ahmad REMIX? (2002)


powered by ODEO

Wednesday, November 22, 2006





powered by ODEO

Merangkumi cetuhan rasa peribadi dhuat mengenai Kembali kepada Fitrah.
Tazkirah Akhi Faei
Lagu "Menuju Wawasan" oleh Suara Firdaus
Lagu "142" oleh dhuat





p/s:Restroom yang dimaksudkan oleh DJ dhuat adalah RESTHOUSE sebenarnya :P

Monday, November 20, 2006

AURAT- Temubual











Pada dasarnya ini adalah "tanggapan umum" mengenai hijab oleh pelajar MMU.
(Projek kajian mereka aku kira) Mereka melakonkan semula...

Apa tanggapan kalian mengenai video di atas?

Sahabat saya pernah berkata(rujuk temubual bersama Elmafraqi-Mat Rempit), gejala2 ini merupakan
natijah(ranting-ranting,buah-buah) kepada tamadun melayu yang keliru.
Mereka mendapati bahawa banyak versi pengajaran agama Islam(yang mengelirukan)
yang mana mereka boleh pilih mengikut kehendak hati mereka.

Soal akarnya ialah kefahaman dan keimanan.
Kita seharusnya berpandukan Al Quran dan Sunnah.

Saya berkongsi video ini hanya untuk melontarkan perkara ini supaya
dapat kita fikirkan bersama cara penyelesaiaannya dan seterusnya MERANCANG dan BERTINDAK!
(takkan kalian setakat tengok video ni sahaja tanpa berbuat apa-apa setelah mendapati ada yang tidak kena.)

SOAL AKAR!

Maaf jika video ini mengguriskan hati sebahagian pengunjung.
(Akan saya tutup entry-BERVIDEO ini jika perlu)

p/s:HOHOHO jahatnya aku, curik video ni dari http://ustazmuda.blogspot.com/
TQ ustaz hehehe n Maaf zahir Batin duhai ustazMUDA :)


Promosi Kucing Lorong.


PAS untuk SEMUA

Monday, November 13, 2006

Sub Topik Rakaman Untuk Dunia 3
Tazkirah Kembali Kepada Fitrah - oleh Akhi Faey


powered by ODEO

Moga kata-kata nasihat ini melekat,diberkat dan bermanfaat.
Selawat by Dhuat brothers (Ahmad,addin,Hafis,Wan) Adik-adik dhuat.


powered by ODEO

Rakaman 2004
Arahan Musik:Hafis & Wan
Solo:Wan
2 nd Solo :Hafis
Bass:Addin
Treble:Ahmad

Penerbit:Mr Dhuat
Melodi duka 2004


powered by ODEO

Hayati liriknya...

Friday, November 10, 2006

Thursday, November 09, 2006

REMPIT! - Dialog bersama Saudara Elmafraqi




powered by ODEO

Wednesday, November 08, 2006


Tindakbalas MENTOS + COKE!

Monday, November 06, 2006

LAGI LAGI RASUAH

Patutlah manusia kaya(dan jahat) bertambah kaya, miskin bertambah miskin.
Setiap tol/bill/barangan dan perkhidmatan yang kita bayar/beli mempunyai portion RASUAH!

Dan juga pembayaran yang TIDAK PERLU terhadap ULAT-ULAT BULU yang mendalangi projek-projek yang tanpa mereka sedari, rantaian ULAT-ULAT BULU ini semakiinnnnnnnnnn panjaaaaaaaannnnggggggggggg!

Thursday, November 02, 2006

Korupsi, sub-projek dan taraf hidup.

Sedar tak sedar, kapitalis di malaysia semakin mengganas.
Bermula dari tahun 80han di mana Jabatan Telekom Malaysia,Lembaga Letrik Malaysia, Jabatan Perparitan dan Taliair serta beberapa Jabatan khas membuat pembaharuan dengan menjadi badan SWASTA dengan tujuan untuk menjadi indipendent tanpa memeningkan kerajaan untuk mentadbirnya.

Jabatan ini menjadi SWASTA tanpa persetujuan penuh oleh rakyat Malaysia.
Al maklumlah apabila menjadi SWASTA, bil-bil menjadi semakin mahal walhal perkhidmatan masih di paras lembab!

Bayangkan sekiranya tiada pantauan yang utuh, Sekolah,Hospital,taman permainan dan segalanya menjadi SWASTA.
Ya! tentulah taraf kehidupan di tahap cekik darah!

Jika sebelum menjadi SWASTA, jabatan ini telahpun memulakan korupsi secara kecil-kecilan, apabila menjadi SWASTA pula tentulah mereka ini lagi indipendent untuk melakukan korupsi, super sub sub sub sub sub sub sub projek yang pastinya memungkinkan pertambahan kos asal dan meminimumkan seboleh mungkin kos produksi.

Contoh:

Budget Kos asal untuk membuat 1 CD lagu = 150,000 (Penerbit A)

Penerbit A pergi ke Sutio milik Jurutera Bunyi B untuk berunding soal projek rakaman.

Penerbit A hanya akan memberikan projek berikut sekiranya Jurutera Bunyi kelas B sanggup membayar duit kopi sebanyak RM 20 ribu.

Jurutera bunyi B sanggup!

Jurutera Bunyi B pula memberi peluang(sub projek) kepada Jurutera Bunyi kelas C untuk melakukan rakaman berikut dengan harga RM 50 000.Jurutera Bunyi kelas C sanggup!Jurutera kelas C pula memberi peluang kepada Jurutera Bunyi kelas D dengan harga RM 20 000.

Jurutera Bunyi D sanggup!

Makanya, projek rakaman yang dihebohkan secara umum kepada orang ramai (yang harganya bernilai 150 000) bukanlah bernilai sedemikian sebenarnya.Nilainya menurun ke tahap RM 20 000.

Pelaburan Projek RM 150 000 untuk hasil rakaman bernilai RM 20 000.
Pelaburan yang MAHAL untuk kualiti yang murah.

Jurutera Bunyi D harus dikerahkan untuk bertungkus lumus menghasilkan rakaman bernilai RM 150 000.
Beliau dikerahkan oleh Jurutera Bunyi C.Jurutera Bunyi C dikerahkan oleh Jurutera Bunyi B.

Jika Jurutera Bunyi C enggan lagi berurusan, Jurutera Bunyi B akan terus kaku dan buntu lalu mencari Jurutera baru yang lain untuk diberikan peluang...

Projek ini memakan masa yang sangat panjang.

Hmm... patutlah kenapa Projek Mega masih di tahap kualiti yang menghampakan...
dan projek MASIH TERKIAL-KIAL LAGI!


Kembalilah Kepada Fitrah.

Wednesday, November 01, 2006





Sekadar copy & paste kisah ini untuk renungan kita bersama.

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...