Tuesday, April 24, 2007

Baju itu

Aiman:Aiman nak baju itu!
Jurujual:Baju space cop gaban itu tidak sesuai buat mu dik!
Aiman:Ha?
Jurujual:Baju kesatria itu sesuai buat kamu
Mama:Haah mama berpendapat begitu juga.Baju kesatria itu sesuai buatmu nak.
Papa:Biarlah, itu pilihan dia... Aiman, pilihlah apa jua baju yang kamu sukai nak.
Mama:Abang!(papa)
Papa:Biarlah mama, asal dia bertanggungjawab ke atas bajunya, lagipun dia yang memakainya kan?
Mama:Tapi mama rasa, baju kesatria itu lagi kena dengan Aiman berbanding baju gaban itu.
Papa:Mama suka kalau papa pilihkan baju kurung mama?
Mama:Hiiii
Papa:Kamu si jurujual, kamu gembira kalau si Aiman ni menangis semalaman kerana tak dapat baju idamannya?
Jurujual:Hmnnn (rasa bersalah)
Aiman:Sayang papa!

Di akhir cerita, Aiman begitu bahagia sekali memakai baju pilihannya.

No comments: