Tuesday, April 24, 2007

Sekadar berkongsi, inilah antara lagu kegemaran Ana hehe.
(baca:lagu dan BUKAN lirik) "Lemak Manis"

Hmnn terpanggil buat lagu joget thiqoh..
ala macam lagu "Pantun Molek" oleh dhuat tu... :)

Lagu Klasik The Dhuat (2003)

Prosa/Ritma:Ahmad
Vokal:Adik saudara Ahmad
Musik:Ahmad

"Pantun Molek"


powered by ODEO

Assalamualaikum daku ucapkan,
kepada teman dan taulan.
Pantun Molek, jikalau boleh,
ingin daku ungkapkan.

Pahlawan terbilang, segak berperang,
segak bergaya, menawan.
Lagi molek pahlawan lebih
Ubbudiyah kpada ALLAH.

Si gadis manis, bermain riang,
dengan teman di taman.
Lagi molek si gadis manis,
berhijab dan beriman.

Si anak muda, lagak satria,
gembira bermain sepak raga.
Lagi molek jikalau adik,
menutup auratnya.

Pakcik Ahmad, hilang lembunya,
pergi berjumpa sang dukun
Lagi molek jika Pak Ahmad,
berikhtiar dan solat hajat.

Kampung melayu, ramai penghuninya,
patuh kepada penghulunya.
Lagi molek jikalau penghulu
patuh kepada ALLAH dan Rasullullah (3x to end)


Ya sekadar menguatkan hujah mengenai lagu joget ini,
pada konserto Akar Manifestasi Akustika 90an dahulu,
M Nasir berpendapat bahawa kebanyakan masyarakat melayu khasnya amat
gemar akan lagu joget, hasil pemerhatian beliau... :)

Asobiah melayu aku ni kuat jugak hehe

Asobiyah=menjaga kepentingan sesebuah kaum dengan adil tanpa menindas kaum yang lain.

Terimalah "lagu rakyat" kegemaran Ahmad
yang bejudul "Lemak Manis"


powered by ODEO

Hmnn lagu rakyat kita?

No comments: