Friday, June 22, 2007

KALIMAH SUCI

bait apa yang menjadi rindu insani
bait huruf-huruf dari langit
indah bukannya puisi
dilihat umpama lukisan terpilih
disentuh, berputik di hati ingin dan kasih
memandu nelayan malam
untuk pulang ke pangku isteri
menemani malam penyair sufi
menangis mencari diri
menyusun kitar malam dan siang
supaya pantai punya samuderanya
dan kumbang dan bunga
bertemu untuk tidak berpisah

menjadi nur, insani leka kembali ke hampar sejadah
untuk menangis dan menangis lagi
menjadi rahmat, penghuni bumi berbalas cinta
memberi makna sejahtera
indahnya, seni yang tidak terungkap
gugur hijab, Umar tunduk melafazkan syahadah
tertawan hati penghuni Madinah
Muhajirin dan Ansar bersatu

ibarat guru yang mursyid
menunjuk anak-anak kecil
akan hidup selepas mati.

Kota Damansara, 2003
(sahabat saya Cpol)

*Cpol pada asalnya adalah sahabat Paiji, bla blabla sahabat kami.
Antara karya liriknya yang hebat adalah 'di manakah abi?', 'Matahati', 'Pesanan Kepada dunia' walaupun pada pendapat beliau, karyanya itu biasa shaja.
Kebanyakan sajak mahupun puisi yang dilahirkan oleh beliau adalah berunsurkan ketuhanan.Aku bukannya apa, cuma mahu lihat beliau 'berdaya hidup' dan 'berdaya kembang' dalam penulisan puisinya.Kepuasan beliau berkarya(mengarang sajak) adalah prioriti saya.Cpol, teruskan berkarya!Aku kan tetap menyokongmu mengarang puisi.

Sahabat, dahulukanlah sajakmu itu, kemudian barulah lirik kita.Dengan itulah, kamu bisa 'berdaya kembang' dan 'berdaya hidup'.

Maafkan saya teman , sekiranya penghasilan lirikmu untuk memenuhi impianku ini telah membantutkan penghasilan karya agungmu.

Sejujur-jujurnya saya pohon maaf.

Tiada lagi impianku. Kini ia adalah impian kita bersama.

KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA!



Untuk merasai keindahan layar bahasa makna cpol, sila-silalah layari http://story4u.blogspot.com/

No comments: