Saturday, June 23, 2007

(Nota dari Ahmad:Saya dapat e-novel ni dari adik perempuan saya.Ingat tak novel Asiah Yusro pada suatu ketika dahulu?Ana rasalah, ini berkenaan naqibahnya kepada Asiah Yusro.Tahniah kepada pengarang!)


TINTA PENGARANG

Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab
untuk menghasilkan karya ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…
Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda Farah Najah Mohd Noordin, kakaklah cerminan peribadi Khazinatul Asrar buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya. Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wahdalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya.Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yangdikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian. Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk menerbitkan Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya. Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya… Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, novel ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

SINOPSIS

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.


(Nota dari Ahmad:kalau nak baca penuh, silalah download di link di bawah...)

http://qmconline.eches.net/fileupload/Output.pdf

No comments: