Wednesday, July 11, 2007

Pada awal pembabitan dalam menerbitkan lagu juang,
Dhuat pada mulanya bukanlah seorang agresif.
Jiwang karat beb! Mellow-melodic musik masih berkarat.

Tetapi hasil didikan Pimpinan, Ustaz-ustaz, Naqib-naqib dan sahabat,
perkara itu perlahan-lahan dikikiskan.

Akhi Faei pernah berkata kepadaku,

"Ahmad, asyik lagu as Solehah jer ni? Bila nak berjuang ni?"

Aku sekadar nak beri pengiktirafan buat kaum hawa jer.

Mungkin tak valid and legal lagi kerana aku belumpun bernikah.

Tunggulah...

Tapi, Faei aku respek gakla... dalam gitu pun, dia pun sokong aku, hehe
maka terhasillah lagu 2 dhuat yang kene BANNED!

Zaujah as Solehah 1
Zaujah as Solehah 2

Kalaulah naqib aku tahu aku buat lagu macam gini, sohih aku kene pelangkung dulu.

Pada waktu itu, Ahmad tercari-cari juga munsyid yang telahpun bernikah untuk menyanyikan lagu yang BERAT ini.

Memandangkan tiada sesiapa munsyid(telah bernikah) yang kami kenal, maka sekonyong-konyong Akhi Faei menjadi mangsa bahan ujikaji aku.
Tambahan pula dia lagi beberapa bulan lagi jer hendak bernikah dari tarikh rakaman 'Zaujah As Solehah 1' tersebut.Mesti Faei ada feel punya.

Untuk Zaujah As Solehah 2 pula, adalah kesinambungan(sequel) dari Zaujah As Solehah 1.Time ni depa(pasangan) tu dah dapat anak.Haha

Tiada siapa-siapa, maka akulah yang menyanyi.

Hmnn.. lepas ni nak propose sesiapa munsyid dah menikah untuk menyanyikan semula memandangkan dek fitnah QUBRO dok menimpa aku memandangkan aku gatal-gatal 'compose' lagu sebegini suatu ketika dahulu.(2001-2002)

Siapa berani? Siapa sanggup?

ZAUJAH AS SOLEHAH 1


powered by ODEO

(Slow intro verse by dhuat)

Verse
Ketaqwaanmu, menawan hatiku,
cahayamu, menyinari hidupku.
Sinar kasihmu seputih salju,
Engkau akur pada Tuhanku

Reff
Zaujah as solehah
Ku akan menjagamu sayang.
Zaujah as solehah
Ku akan membimbingmu sayang
Insyaallah

Verse
Sanggupkah kau bersama daku
menerangi alam ini?
Sanggupkah kamu meredah hidup ini
berpandukan kalimah yang yang satu?

Zaujah as solehah
Ku akan menjagamu sayang.
Zaujah as solehah
Ku akan membimbingmu sayang
Insyaallah

Semangatlah
Bertahanlah (atas ujian)
Di sana untuk yang solehah (Di Syurga)
Semangatlah
Bertaqwalah
Di sana untuk yang solehah (2x)

Insyaallah

Vocal:Akhi Faei
Prosa/Ritma:Ahmad
2002




ZAUJAH AS SOLEHAH 2


powered by ODEO


Verse

Setelah diizin dari Yang Satu,
Akhirnya kita dapat bersatu,
Menempuh hidup yang berliku-liku,
Meneruskan juang, beban,
bahumu bahuku...

Teguh, Imanmu telah kau bina,
Cekal, semangatmu membara,
Menyampai Fikrah dan Sunnah-sunnahnya,
Menyambung generasi yang subur akhlaknya..

Chorus

Peneman hidupku, Kasih..
Bahagia bersamamu, Sayang...
Kau kembar hatiku,
Zaujah as Solehah.. (2 x)

Ulang Verse (1 x)

Ulang Chorus (3 x)

Vokal/Prosa/Ritma:Ahmad
2002

No comments: