Tuesday, July 10, 2007

Salah satu syair Arab jahiliyyah yang termasyhur dan masih diwarisi setelah kedatangan Islam, ialah sepotong syair oleh penyair terkenal, iaitu Imra’ al-Qais. Sajak itu berbunyi:

Laisa al-fata man yaquulu kaana abi, wa lakin al-fata man yauulu haa ana za! (“Tidaklah dinamakan pemuda, sekiranya seseorang lelaki itu berbangga dengan keturunannya. Tetapi, lelaki sejati itu dinilai apabila dia berkata, ‘inilah aku!’).

(dipetik dari blog http://karyafansuri.blogspot.com/)



Kronologi penglibatan media-works(sahaja) dakwah dhuat.

(Program dakwah, resume yang lain pula ya.)

(Disertai juga oleh sahabat setia saya, Aduka
terutamanya, nama sahabat lain, biarlah rahsia...
untuk mengelakkan fitnah Qubro)

2001 (Surat khabar PINTAS)

2002 (Rakaman Album "For the sake of ALLAH")

2003 Rakaman Audio "Dokumen Negara Islam" - Dato Dr.
Haron Din

2004 (roslan sms blog)
-akulah peracun utama karier memblog Abang Lan.
-tahun yang sama PRU kita kalah teruk!
-aku sedih sangat tengok apabila abang Lan down,
sedih sangat sangat!
-aku propose idea memblogging, dia semakin sihat
dan bergaya! Tahniah!
-terdapat watermark dhuat tertera di banner
roslam sms.

2004 (Rakaman Album "Pesanan Kepada Dunia") Di manakah
abi?

2004 Montage lagu tema PAS

2005 Video Klip lagu "Pesanan Kepada Dunia".

2005 (Web TV Pas Selangor) Pengkalan Pasir.

2005 Rakaman mini Album "Pejuang Sejati".

2005 (Montage Nisa' Rebranding:Connecting Youth)
- My fav montage of all time! (belon udara
berterbangan)
- Kak Mas lah pencetus karier montage saya.
- Tak dapat dilupakan bantuan akhir akhi Paiji
dan Tajul, sangat menghargainya.
- Teringiang-ngiang di minda nasihat Tajul "ada
plan b?"

2005 Interaktif Nisa'
- Nisa' interactive tool kits. Menerangkan 3
lajnah utama.

2005 (wtv8.tv major montage/video/graphic designer)-
sekarang dah retire, dah tua.
- logo wtv8 tu, ala ala Thailand
- kalau kalian hardcore wtv8 fan, kalian akan
lihat karya klasik dhuat.
- dhuat baca berita, nyanyi live - di manakah
abi?
- dhuat n sahabat juga perform "Ayam den Lopeh".

- nyanyian live nasyid, rock, short filem,
puppet show karya kami.
- saat yang terindah!
- karier kerja advertising sekarang yang sangat
membebankan,
tak mengizinkan saya berkarya bebas seperti
dulu.

2006 Rakaman mini Album "Gagasan Pendakwah".

2006 (Montaj Muktamar PAS Pusat, Kedah) -
Unforgettable memories!

2006 Rakaman Untuk Dunia versi audio blog dihasilkan!
(Kepuasan diri)
- sedih juga kerana IKIM tidak mahu rancangan
radio SEGANAS aku.
- mereka takut-takut juga mengambil DJ GANAS
sepertiku.Aku tertolak!
- Kasihan aku, hanya berceloteh di radioblog
cuma :(

2007 (Montaj Pemuda PAS Pusat, Montaj Muslimat PAS
Pusat)
- Pak Labu membantu di saat-saat genting,
Zillions Thanks!

Ayuh Kalian...

BERKARYALAH UNTUK MANFAAT SEJAGAT!
-sementara masih bertenaga-



p/s:Orang yang terbaik di kalangan kamu adalah Khalifah dan bukannya ahli abid.

No comments: