Friday, November 30, 2007

Small Kindness.


Pernah atau tidak?


1)

semasa membeli di kedai runcit atau di pasaraya...


Juruwang: Ada duit 20 sen tak?

Kelihatan ahmad terpinga-pinga mencari duit 20 sen di dalam 'wallet' dan juga kocek.

Tak semena-mena, kakak yang beratur di belakang Ahmad menghulurkan 20 sen nya.

Kakak: Takpe lah adik, akak bayarkan (sambil tersenyum)



2)

Semasa makan makan petang di warung...

Kelihatan 2 orang pelajar lelaki yang baru pulang dari asrama penuh singgah di kota (interstation) sebelum berangkat pulang ke kampung masing-masing.

Mereka minum di warung yang sama...

Entah macam mana, perasaan kasih ini hadir, tambahan pula baru dapat gaji...

Aku tau, mereka ni bukanlah berduit di waktu itu, cuma makan roti canai aje.


Usai makan, aku membayar makananku berserta makanan mereka.


Menoleh dan tersenyum, kuhampiri mereka mereka seraya berkata,

"Dik abang dah bayar makanan adik berdua ni"

Mereka tersenyum riang

"Terima kasih abang"

Melihatkan senyuman itu aku jadi girang berderang...



3)

Semasa makan di warung yang lain, (1 tahun sebelumnya)

Kelihatan anak-anak miskin berkeliaran di kota,
Mungkin berlima, aku sudah lupa.

Mereka bersama mengembara ke kota,
semata-mata ingin mencari rezeki tetapi tak jumpa.

Pakaian mereka compang-camping, lusuh.

Aku teringat kuliah di surau yang aku hadiri suatu ketika dulu.

Supaya memuliakan anak yatim dan berkasih sayang dengan orang miskin.

Memberi mereka makan seperti mana LAZATnya kita makan.


Tambahan pula baru dapat gaji(lagi?)
Aku menyapa mereka dan bertanya halatuju mereka.

Mereka memintaku duit kerana perut mereka lapar.

Aku kata "Jom ikut abang, kita pergi makan"


Mereka agak takut-takut untuk masuk ke restoran...

Aku bawa mereka makan "NASI BERIYANI AYAM YANG BEST GELLA"

Aku tanya "Kenapa?, masuklah..."

Salah seorang dari mereka menjawab,
"Kami kotor bang, takpelah kitorang bungkus ajer..."

Adus... sayunya hatiku tatkala itu.


Berkata salah seorang dari mereka
"Nak bungkus lebih boleh?, nak bawak balik untuk yang lain"


Aku kata,
"Berlima ini mampulah abang nak belanja, lebih-lebih abang tak mampu, sekadar yang ade ni jerlah ye?"


Banyak lagilah 'small kindness' yang kalian boleh lakukan.

-menolong orang buta melintas jalan.
-menolong 'nyonya' mengangkat beg menaiki tangga berjela.
-memberi tempat duduk di LRT/Komuter kepada yang kurang berupaya.
-memberikan senyuman.(ikut situasi)
-belanja adik kecil jiran tetangga kita, belon, aiskrim atau cokelat.
-(kalian tolong tambah list ini...)

Sedaya upaya menjadi IHSAN.



p/s:Penceritaan adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai supaya berbuat sehabis baik dan bukan untuk tontonan pengalaman supaya aku bisa riyak takkabur.

SYURGA BEB! sapa tak mau?

Oh ya, 'small kindness' ini juga bisa memartabatkan ISLAM di tempat yang sepatutnya.



Nah, lakukan small kindness anda hari ini.

-harap maklum-

Tajuk 'small kindness' ini aku cupik daripada NISA' connecting youth! :)

No comments: