Tuesday, December 04, 2007

Keterbiasaan 'menawan' yang melampau.


Pada entry kali ini, saya ingin mengingatkan diri dan pembaca di luar sana mengenai keterbiasaan yang melampau,

'Menawan' yang saya maksudkan di sini adalah keterbiasaan
yang mana ia merupakan 'kebanggaan' atau 'kehebatan' seseorang.

Contoh-contoh sifat menawan adalah seperti

genius, handsome, kaya. menjadi ketua, cantik, pemidato hebat, suara merdu, pangkat besar...

Melampau di sini bermaksud, seseorang itu sudahpun kehilangan 'menawan' dek faktor usia ataupun fizikal yang telah berubah.

Keterbiasaan menterjemahkan elemen 'menawan' ini, walaupun sudah tidak memilikinya, akan menyebabkan kecederaan fizikal mahupun perasaan.

Walaupun fizikal terbiasa melakukan sedemikian, realiti pula menolaknya, perbuatan ini kelihatan seolah-olah menjengkelkan!

Model lelaki 50 tahun mengorat anak dara.
Bekas General yang berjalan megah.
Profesor Kimia yang mengaku bijak (teknologi beliau dah lapuk)
Pemain bolasepak 55 tahun berlari seakan 'wira'.

Fizikal dan realiti terus terang menolaknya, tetapi self-esteem yang melampau,
yang dibelai-manja sedari dulu telah ditanam di dalam diri walau pada hakikatnya.
kita tak lagi memiliki sifat 'menawan' tersebut.


Segalanya harus kembali kepada punca iaitu ALLAH.

Sebagai contoh , Khalid bin Awalid

Tindakan khalifah menurunkan jawatan Khalid bukan dibuat atas sebab irihati dengan kejayaan-demi kejayaan Khalid atau atas sebab peribadi.... keputusan itu dibuat atas sebab iman iaitu atas sebab 'kasih & sayang' Khalifah kepada Khalid...di mana Khalifah tidak mahu Khalid 'hanyut' dengan diri dengan pengaruh dan kejayaan dunia... dan Khalifah tidak mahu Khalid akan bertemu satu situasi di mana memimpin bala tentera dan memenangi setiap peperangan itu adalah kerana diri beliau.... dan bukannya kerana Allah....

Khalid mudah sahaja kehilangan 'menawan' itu tanpa banyak songeh.
Walaupun keadaan itu menerjah beliau dengan sekelip mata.

Dia bersedia terhadap kemungkinan tersebut disebabkan keimanannya.


Orang yang kuat tautannya kepada ALLAH akan mudah menerima perubahan.


Segala kekayaan, kecantikan, kehebatan segalanya adalah milik ALLAH.
Dia akan ambil bila-bila masa sahaja tetapi sentiasalah kita berdoa kepada ALLAH moga keimanan kita kian menebal dari hari ke hari dan moga kita mempunyai akhiran yang baik.

Mati Syahid atau mati dengan penuh keimanan.

Menyebut kalimah Tuhan.

No comments: