Sunday, March 16, 2008

Ada dua judul terbaru yang telah dirakam oleh the Dhuat baru-baru ini.
Angin versi ROCK liriknya oleh Aduka dan Laungan Takbir yang diberi nafas 'MOTOWN FUNKY RETRO GROOVE' liriknya oleh Cpol.

Oh ya sekadar makluman, cpol dan Aduka memang bersahabat baik sejak zaman Universiti lagi... Mereka sering ke hutan bersama :)



1)

Angin ROCK
Komposer:Ahmad Dhuat 'the dhuat'
Lirik:Aduka 'the dhuat'
Vokal:Ahmad Dhuat
Artis Undangan:Tam 'childhood friend'
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Tahun Produksi:2008


Versi Akhir (2008)


powered by ODEO



Versi Demo (2007)


powered by ODEO


Verse 1

bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara


Reff 1

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini


Verse 2

bisiklah ke telinga/jiwa mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari


Reff 2

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah





2)

Laungan Takbir 'MOTOWN'
Komposer:Ahmad Dhuat 'the dhuat'
Lirik:Cpol'the dhuat'
Vokal:Ahmad Dhuat
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Tahun Produksi:2008


Versi 'MOTOWN' (2008)


powered by ODEO


Versi asal (2004)


powered by ODEO



verse 1
semarak imanmu serlahkanlah
sekian lama digugah parah
kini masanya untuk melangkah
bersama berjuang menegak daulah

Reff
laungkan takbir kemuliaan
merongkah tembok kezaliman
pemuda, engkaulah taruhan
Islam kan kembali di persada

verse 2
hiduplah sebagai wira agama
gugurmu bersama gelaran syuhada'
kerana dirimu selamanya dicipta
berjuang demi agama tercinta

Reff
laungkan takbir kemuliaan
merongkah tembok kezaliman
pemuda, engkaulah taruhan
Islam kan kembali di persada

No comments: