Saya bukan hanya bernyanyi suka-suka.
Ini perlu bagi pendapat saya untuk dimaklumkan buat adik-adik di luar sana.
Menjadi daei haruslah mengatasi menjadi pemusik.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, semakin kerap saya berjuang, semakin kerap pula ALLAH menganugerahkan ilham notasi musik kepadaku.Bait-baitnya juga.Contohnya pada PRU11 di tahun 2004, saya telah melahirkan album 'Pesanan Kepada Dunia'.Banyak hasil kreatif yang dihasilkan TETAPI setelah berjuang.
Dinamika, caj positif semakin mengecaj jiwaku ketika aku berjuang, usai program, aku pulang ke rumah melakukan rakaman kerana idea tak henti-henti mengalir.
Menceritakan dalam bentuk melodi perjuangan yang telah dilakukan tadi.
Kelihatan caj itu mengalir kembali setelah sekian lama aku menunggu caj menggunung itu.Oh rupa-rupanya aku mendapati bahawa lagu kami merupakan penceritaan semula semangat juang kami.Membelai dan mendidik jiwa-jiwa para pendaei.
PRU11 dan PRU12.
Pada PRU ke 11, aku ditugaskan menjadi 'the BODYGUARD'.
Tapi aku akui aku lagi 'charming' berbanding Kevin Costner ngeh ngeh.
Sesat jalan, balik malam, kereta tayar pancit, tiup belon PAS, segalanya dengan cara yang tersendiri.
Paling indah aku bertemu ADUKA pada waktu ini.
Dengan izin Allah, kami sahabat baik dunia akhirat.
ADUKAlah yang memperkenalkan aku kepada Cpol.
PRU ke 12 pula, pada mulanya aku ditugaskan sebagai BODYGUARD NEGERI,
tetapi Satu Kawasan ISTIMEWA melamarku untukku berbakti dalam bidang 'biarlah rahsia'.
Sambil berbakti, caj positif ini mengalir dengan menggunung sekali!
Haha ternyata aku tidak pandai merungkai perjalanan dakwah ini dengan penaipan biasa, namun aku tidak akan mensia-siakan ilham yang ada.-MUSIK-
Berdakwahlah!
No comments:
Post a Comment