Tuesday, May 20, 2008
Berbanggakah kita dengan filem kita?
powered by ODEO
Sub:Rakaman Untuk Dunia
Ini adalah bahagian yang ke 2 sebenarnya.
Memandangkan ia mempunyai Quad-series,
sepertimana Goerge Lucas, saya hanya memainkan siri yang terbaik
yang saya ada ketika ini.
Siri penuh akan saya letakkan pada akhir bulan ini.
Interview saya dengan wakil dari anggerik.net iaitu Encik Ngah,
mengenai industri perfileman serta drama kita yang lesu di bumi sendiri.
Untuk minggu seterusnya, inshaallah, Elmafraqi(Tetamu Tetap Saya) akan mengulas, membincangkan topik yang sama, mengkaji punca ketandusan ini dan seterusnya
merungkai jalan penyelesaian untuk membendung permasalahan ini.
Selamat mendangar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya rindu filem-filem tahun 80-an yang ada Badul, Mr OS, Hamid Gurkha dan lain-lain. Sekarang ni, nak cari filem yang evergreen dah payah..
Tapi rasanya, salah satu faktor mengapa pengarah filem Malaysia takut nak buat filem bertema berat adalah disebabkan pasaran kita kecil, jadi ada risiko tak pulang modal.
Filem bertema berat (contoh Rendition, Lions for Lambs, Syriana) dari Hollywood pun, bukan semua orang Amerika suka tengok. Mungkin 20% aje penonton Amerika yang minat. Tapi 20% ini pun dah cukup untuk buat pengarah filemnya kaut keuntungan besar sebab populasinya ramai, ditambah lagi dengan populasi dari pelusuk dunia yang lain.
Kalau di Malaysia, boleh ke 20% kaki wayang ni, yang suka cerita bertema berat, bagi sekurang-kurangnya balik modal? Filem-filem lawak yang serasi dengan citarasa penduduk Malaysia pun kadang-kadang bungkus!
Jadi rasanya, kena ada kajian untuk melihat kaitan populasi dengan penerimaan filem tu, sebab saya yakin kalau populasi Malaysia ini ada 100 juta orang, dan banyak tempat-tempat lain di dunia ini yang faham bahasa Malaysia (lalu kita boleh pasarkan filem kita di situ), gerenti tak akan ada isu tak pulang modal.
P.S. Eh apa nama tajuk lagu latar dalam temubual ni?
Post a Comment