Monday, May 19, 2008

“Kem Anak Soleh IV”






PENDAHULUAN
Kem Anak Soleh IV merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan secara tahunan oleh ALIPH. Program ini adalah kesinambungan kepada program Kem Anak Soleh (2005), Kem Anak Soleh II (2006), Kem Anak Soleh Cemerlang(2006) dan Kem Anak Soleh III (2007). Program ini mula dilaksanakan atas kesedaran dan niat untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat, dimulai dengan projek pilot di sekitar Shah Alam, di mana kebanyakan ahli alumni menetap. Idea ini tercetus seiring dengan usia ALIPH yang ketika itu mencapai dekad yang pertama, yang menandakan bermulanya fasa di mana ALIPH sudah cukup matang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Bagi Kem Anak Soleh IV, ALIPH telah mengumpul dan memperkukuhkan barisan penggerak serta menginovasi modul program ini seterusnya bersedia untuk menambah bilangan pusat program kepada 6 lokasi yakni dua surau di Seksyen 7 dan sebuah surau di setiap kawasan berikut; Seksyen 4, 9, 11, dan 19.

NAMA PROGRAM
“Kem Anak Soleh IV”

TEMA PROGRAM
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”

TARIKH
Kumpulan 1 : 26 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008
Kumpulan 2 : 2 Jun 2008 hingga 6 Jun 2008

MASA
8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)

TEMPAT
Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4
Surau Taqwa, Seksyen 7
Surau Mawaddah, Seksyen 7
Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9
Surau Madrasah Hidayah, Seksyen 11
Masjid Al-Huda, Seksyen 19

MODUL
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran

YURAN
RM40/peserta/minggu

HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
Saudara Ahmad (016 - 667 3931)-iNi bukan Ahmad Dhuat ya hehe-
Saudari Hidayah (013 - 278 2356)
Saudari Ashila (017 - 622 4149)

PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi ALlah.


p/s:Adeh :) terperasan la pulak ana ni ex-student Hira'

4 comments:

ciksarah said...

yay, thanks for promoting.. :)

hmm budak hira'?? ape susah.. sekarang pun leh jadi lagi :p cari je hehe

saye said...

fasi kena bayar yuran skali ke?

kemanaksoleh said...

to web owner: Thank You, mohon doa ye!

to saye: mana ada ;)

Anonymous said...

:) bagusnya..promosi..