Saturday, May 31, 2008

Fresh from the oven!

Karya Tuhan


powered by ODEO


Lirik:Albazrah
Komposer:Ahmad Dhuat
Jurutera Rakaman:Romeo
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Album:Filsuf Sufi:Suatu Terapi

(Verse 1)
Insan karya Tuhan
Tersirat keagungan
Bagi hati yang inginkan
Kecintaan kedamaian


(Verse 2)

Di antara berjuta makhluk
Si faqir insan ditinggikan
Menjadi biasan tajalli
Nama oh namaNya.


(Verse 3)

Dia Yang Menjadikan
Dan insan itu kejadian
Dia yang Menguasai
Lalu insan dikuasai


(Reff 1)
Tika hati terluka

Dengan dosa juga noda

Pulang kepada Dia

Kerna Yang Pengampun pasti terima


(Verse 4)

Bila insan ketakutan
Dia datang Mengamankan
Bila insan kesakitan
Al-Syafi tiba menyihatkan


(Reff 2)
Sungguh sempurna kejadian
Menjadi khilafah hamba Tuhan
Semua makhluk tunduk syukur

Memberi khidmat buat insan


(Verse 5)

Di dalam diri insan
Ada rahsia Tuhan
Sekali difahami
Terbongkarlah rahsia alam


p/s:Thanks for the ambigious effort, Albazrah.Great on you!

3 comments:

~albazrah~ said...

Terima kasih, sungguh2 tak pecaya dan tak sangka. Hehe...

Ahmad said...

Rasullullah (s.a.w) adalah karya ALLAH yang teragung.
Yuk selawat.

Anonymous said...

Mintak maaf albazrah sbb ana tukaq lirik.Khalifah jd khilafah.

almaklumlah tak tau bahasa arab.

menjadi DINASTI hamba tuhan :) pun ok jg.

Nak nyanyi lagi sekali? hadey, tang 'feel' tu yang payah tu.

Ahmad Dhuat