Saturday, May 31, 2008

Budaya memberi hadiah

Ramai yang terpinggir dengan budaya ini.
Sahabat.Suami-isteri.(awek-pakwe bukan dalam list ya!)

Sebenarnya budaya ini memang sihat.
Lakukanlah dengan ikhlas dan bukan berkondisi.


Situasi 1.
Aku pulang dari bercuti di UK.
Aku bawakan onde-onde untuk sahabatku.
Aku tak harapkan balasan pun, tuptap sahabatku itu sering sahaja memberikan
onde-onde terhadapku.Macam-macam.
Aku jadi malu.


Situasi2.
Abang L suka membaca dan menulis.Sahabatku A suka menulis sahaja.
Aku pula suka 'boost' kemahiran depa.
Aku hadiahkan buku buat mereka.
Free-free aku peroleh pahala hasil tulisan depa :)

Situasi 3
Kak M, kalau ada masalah design, montaj, heh aku ler jawapannya :)
Aku tolong selagi terdaya.Tup tap depa belanja aku krusus 'POWER'.
Aku tak minta apa-apa.Aku hargai 'dakwah' depa.
Siang malam depa tak cukup tidur, termiss makan, terpaksa ambil
berkali-kali emergency leave.Untuk apa?
Ummati, ummati, ummati.


Situasi4.
Pak Labu belikan aku macam-macam.Aku cuma mampu belikan 'thermos' buat dia.
Kopi 'O' mama aku best in the world tau :)


Situasi 5.
Membelikan topi fishing buat naqibku, hehe dia bagi kaset original 'Mawlay'.
Kat Malaysia takde wo kaset ni.
Aku tak minta apa-apa.Orang bagi, kita terimalah dengan ikhlas.


Situasi6.
Sahabat saya nak ke France.
Memandangkan aku ada 'jumper' yang aku tak pernah sentuh dek tak muat hehe
aku hadiahkan buat beliau yang akan ke negara sejuk itu.
Tup-tap sekembalinya dia ke Malaysia, aku dihadiahkan jacket 'Timberland'
Haha aku sukalah, terasa segak macam indiana jones pula apabila memakainya,
tapi masa indy mudalah!


Situasi7.
Sebahagian sahabat saya bergiat aktif dalam dakwah.
Anak-anak mereka yang kecil itu, saya hadiahkan permainan buat mereka,
untuk hilangkan skeptikal mereka tentang sahabat ayah-ibu mereka
tak best, sebab ayik-asyik berdakwah sahaja, cilok 'quality time' depa.
Ternyata banyak kali mereka gembira dengan hadiah buat mereka.


Situasi8.
Mama, kasut scholl memang pilihan saya untuk dia. Dah dua kali.
Adik perempuan bongsu saya ni, saya suka belikan beliau handbag dan purse.
Walaupun beliau dah bersuami kini, dia tetaplah adik kecil saya :)
Yang seorang lagi pula(kakak kepada adik tadi), aku belikan juga purse menepati spesifikasinya.
Walau pun dia sudahpun berkerjaya :)



p/s:Tengah usha mainan nak beli untuk anak Fakrul dan anak Tajul.
Aku takdok anak lagi, hua!!!!! Anak elmaf kecil lagi kot.Tunggulah bila
besar dah faham main permainan, barulah ammu Ahmad beli ya?

1 comment:

Anonymous said...

Lirik 1: Anugerah

Tiada terungkap kata
seindah cipta kurnia
indah bagai terlukis
mekar mawar di kalbu
ingin kusingkap tabir
menatap langit biru
semurni titis embun
berkilau di zikirku

menghijau dan menguntum
setulus perhambaan
kicauan dan senandung
leka bagai tertawan
bukan bait puisi
ingin kuumpamakan
sesaujana kurniaMu
mengikat keyakinan

c/o
ingin kutinta syukur selautan
biar diri tenggelam kenikmatan
keagungan kudratMu kusaksikan
dalam senyuman

menatap maghfirahMu mendamaikan
bagai guguran embun kedinginan
sirnalah keresahan kegersangan
sepanjang zaman

Lirik 2: Redha

tika diri tersadung di persimpangan
tersungkur dan tersisa
jerihnya menderita menanggung siksa
terluka dan berduka

usah digenang airmata sengsara
gelap tak selamanya
pandanglah pada makna setulus rasa
semurni jiwa hamba

andai sudah suratan terimalah
pahit atau manisnya

c/o
pasti ada senyuman ketenangan
bersatu dalam diri keyakinan
mengetuk pintu sufi di persada
seluas taman cinta

asyik dalam gelora di lautan
berterbangan di langit mendamaikan
redhamu berkilauan dipandangan
di puncak perhambaan...

Ok..more to come :-D