Showing posts with label kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata hikmah. Show all posts

Saturday, April 20, 2019

Beyond Expectation!

Beyond Expectation!


Seinci pun tidak!
Apatah lagi melangkaui pengharapan.

Itu yang mendukacitakan.

Biarlah itu kekal semalam.

Friday, November 20, 2009

Pocodot

Assalamualaikum para pejuang agama.

Saudara-saudaraku ummat muslim.
Engkau meminta nasihat, maka dengarkan beberapa kebenaran yang terkandung
dalam perumpamaan-perumpamaan berikut ini.
Kerana engkau adalah parajurit, aku akan menyatakan pernyataan-pernyataan tersebut dengan istilah-istilah militer!

Monday, April 13, 2009

Aku adalah duta kasih sayang

Aku, kau dan dia adalah satu
Selama ini, aku banyak membisu, membatu
Mengimpikan yang indah-indah dan juga berlagu
Berlagu dan membiarkan masa terus berlalu...

Dewasa ini,
pergolakan jiwa dan minda
memisahkan kau dan dia
tetapi tidak aku

Kau dan dia, menghidupkan aku
Aku berperanan untuk menyatu!
Kerana aku, kau dan dia,
'kita' adalah SATU!

Wednesday, April 01, 2009

Comeundone!

Kita, sebagai makhluk, seharusnya berusaha dan berdoa.
Ia, memang...
Keputusan hak Mutlak milikNya.

Apakah kita melangkaui keputusan ALLAH dengan berkira-kira?

Sekiranya begini atau sekiranya begitu...

ALLAH Tuhan,
kita makhluk!

Makhluk berusaha, berdoa dan redha
bukannya BERSERAH sepanjang masa!

BANGUN dan berjuanglah habis-habisan!

Maksud tak tercapai, terkapai di tengah jalan
sedang kita dalam keadaan 'berusaha'... nah
itu lebih molek berbanding berserah sebelum bermula.


Comeundone! Tepilah!
Orang nak lalu!

Comeundone! Awak boleh belah!


Nota:Comeundone = berserah sebelum bermula

Monday, December 22, 2008

Feeling OVERSHADOWED?

-Please do not blame others.Shine yours!

Anak si lagenda peninju terkenal, tidak bersetuju ayahnya bertinju kembali.
Selama ini, anak ini merasakan bahawa mendapat tempat bekerja yang dimilikinya sekarang ini adalah semata-mata kerana nama harum ayahnya.

Rakan sepejabat sering sahaja ingin mengetahui perihal ayahnya.

Beliau memang merasakan beliau dibayangi ayahnya.

Rimas dengan pergolakan ini, beliau menyuruh ayahnya supaya berhenti bertinju.
*Ini adalah pertandingan tinju terakhir yang akan disertai ayahnya setelah berbelas tahun menyepi, membuka restoran itali.

Bertinju bagi ayahnya, bukanlah FAME mahupun PRIDE, tetapi ia merupakan sesuatu yang harus dia sendiri lakukan tanpa mengambil kira apa jua cemuhan orang yang mencemuh.

Lakukanlah apa yang harus kau lakukan dan berhentilah daripada tidak menjadi jujur.

TIDAK MENJADI DIRI ANDA SENDIRI! Hanya menjadi apa yang dihajati oleh peminat, yang dikasihi.

Hidup hanya sekali, jadikan ia bermakna!



Somewhere along the line you changed. You stopped being you. You let people stick a finger in your face and tell you you're no good; and when things got hard you started looking for something to blame, like a big shadow. Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward; how much you can take and keep moving forward. That's how winning is done!

Now if you know what you're worth than go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers sayin' you ain't what you wanna be because of him or her or anybody! Cowards do that and that ain't you! You're better than that!

Until you start believing in yourself, you ain't gonna have a life.

Friday, December 19, 2008

Thursday, December 18, 2008

Being Reserved

Untuk jejaka dan nona manis di luar sana, awasilah pergaulan anda.
Yang hak hanyalah untuk suami/isterimu.

Maka kecantikan, hilai tawa, berlawak, kemachoan, keayuan haruslah diserlahkan pada tempatnya
iaitu kepada pasangan masing-masing yang sah dan bukannya di khayalak/bukan hak.

Kawallah kejelitaan anda.

Aku sekadar mengingatkan.


p/s:Maka beruntunglah bini aku hehehe

Thursday, December 04, 2008

Ahmad è anca ancora!

Ahmad Romizi ...è il mio nome.

A. .. Leggi Moreḥmad (أحمد anche Ahmed), è la traslitterazione di un nome arabo dato che deriva dalla radice araba Triconsonantal di H-MD حمد ( "lode"), che significa "molto lodato" implica "una costante che, grazie a Dio". Uno dei profeta islamico Maometto tanti nomi è Ahmad, il nome 'Muhammad' pre-datazione 'Ahmad'.

Romizi in un altro canto, la mia combinazione da mamma e papà il nome Maziah + Rashid = Romizi.I trovato romizi che in arabo (ho dimenticato la radice parola) significa 'segreto'. Hehehe:)

Friday, November 28, 2008

DOA MENGHADAPI TEKANAN (2)

DOA MENGHADAPI TEKANAN


اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia


يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،

وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?



إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،

غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu


أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،

وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat


أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ

Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya


لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha


وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله

Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah


Aku dan diriku (2)

Matematik dan SPM

(Rabu, Ogos 02, 2006)-Tarikh asal entry ditaip.

Matematik dan SPM

Assalamualaikum.
Baiklah para blogers semua.

Banyak kejadian yang berlegar di sekitar kita iaitu Isu Murtad, Israel serang Lubnan, Mahathir Khairy dan sebagainya.

Di sini, tidaklah saya ingin meminggirkan isu-isu tersebut, tetapi setiap bloggers ada peranan dan keistimewaan masing-masing mengikut situasi dan emosi.

Saya ingin menyuntik semangat juang para calon yang ingin mengambil perperiksaan SPM pada tahun ini.

Tajuk ceramah saya pada kali ini adalah IKHLAS.

Mengungkap kembali kisah peribadiku di sekitar tingkatan 4, honeymoon year di mana sebebasnya aku ponteng sekolah(dengan izin mama haha)kami ke Subang Parade, Carrefour, lala lala la.Begitu Indah sekali.Tak buat homework matematik.

Eiii aku paling benci matematik!

Dan zaman itu juga aku berpewatakan rebel, kaki gaduh/tumbuk haha.

Lone ranger to be precise.


Gangster wannabe. Kaki lewat pi skolah.
Bersahabat baik juga dengan Ketua/Guru Disiplin yang mana ibubapaku tidak dipanggil lantaran kelewatanku ke sekolah berhari-hari.

Ketua pengawas dan timbalannya kesemuanya kroni baikku.

Tetapi itu tidak memperbaiki masalah matapelajaranku.
Aku akui, aku pelajar tercorot.Pelajar biasa saja.
Selain kelas Kebudayaan/dikir barat, persatuan Bahasa Melayu...

Berbalik kepada cerita matematik tadi... ya aku selalu berjaya mendapat markah 8/100 14/100.Ntah kenapa ceq pun tak tau.Matapelajaran lain biasa sahaja...

Sehinggalah pada suatu ketika, guru kelasku memanggil beberapa pelajar corot ke rumahnya untuk dia memperteguhkan lagi kefahaman matematik kami.

Dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, aku melangkah setapak demi setapak untuk lebih berjaya dari sebelumnya.

Tibalah di suatu ketika di mana aku ingin membayar duit tuisyen kepada guruku itu atas kesungguhannya mengajar kami.

Jawabnya:Tak payah bayar.Saya ikhlas ajar kamu.Kamu pun tekun belajar.Kamu dapat markah baik, itulah bayaran saya.

Oh tidak! aku tersentuh dengan keikhlasan guruku itu.

Tidak lama selapas itu, prestasi matematikku mendadak naik.Graf markahku naik sedikit demi sedikit.Begitu juga dengan matepelajaran lainnya seperti sains, ekonomi, bla bla bla agak drastik beb!

Hingga pada suatu ketika final trial, aku mendapat markah 95/100 dan aku sendiripun tidak percaya. Malah, sahabat lain di kelasku seakan2 memboikotku kerana mereka tidak dapat menerima aku yang BARU itu.
Ada juga yang dengki; seperti memeriksa kertasku untuk mencari kesalahan pemarkahan, agar markahku dipotong; tetapi ALLAH menyebelahiku.
Ada juga yang terasa egonya tercabar kerana pelajar corot ini mengatasi mereka.

Mereka kaget!Terkesima!

Mereka boleh terima keadaan itu jika yang mengatasi mereka itu adalah salah seorang dari mereka tetapi BUKAN aku!


IKHLAS lah wahai kalian....

Aku doakan agar guruku/keluarganya itu diberkati ALLAH dunia akhirat

Wednesday, November 19, 2008

Rakaman Untuk Dunia 11






Alhamdulillah, berjaya juga membuat 'come back' untuk Rakaman Untuk Dunia siri yang ke 11.Walaupun tidaklah serancak seperti rancangan sebelumnya, namun kehadiran semula rancangan sebegini insyaallah pasti akan memungkinkan rancangan berikutnya semakin baik, semakin soleh.

Terimalah.

Untuk mendownloadnya, sila klik sini(right click and save as)

p/s:credit to albazrah for the sountrack.Hmnn ingat nanti nak jemput suami Albazrah dan suami Alqasam ke dalam rancangan Rakaman untuk dunia.Boleh tak?

Friday, November 14, 2008

Umar Al-Khattab

“Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali andai kau tahu apa yang dicari” Umar Al-Khattab

Thursday, October 23, 2008

New Song:Alhamdulillah






Ya ALLAH, I m so happy and grateful now that my body
is creating perfect health and harmony.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Ya ALLAH, thank you for the gift of my life today.
Today is the best day of my life!
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

(Rapping)
Ya ALLAH, I m so happy and grateful now that my body
is creating perfect health and harmony.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Ya ALLAH, I m so happy and grateful now
for the abundance that is coming to me everyday.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Written and Composed by Mr Pumpkin and Mr Dhuat
Album:Hidup!

To download, click here(right click and save as)

Tuesday, October 21, 2008

Kembali kepada punca!

Sedar tidak sedar, hampir 8 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah berjamaah(PAS).Pelbagai ragam, pelbagai macam recam mematangkan pengalaman.

Ingat tak sewaktu mula-mula dahulu, hati bersih putih dan semangat cekal kental.
Diseliputi pula fatrah datang dan pergi sepanjang perjuangan.

Sahabat, ada yang datang dan pergi tetapi persoalan penting yang akan saya sentuh di sini adalah berkenaan ketulusan dalam berdakwah.

Ia bukan tentang aku aku dan aku tetapi tentang kita, ya kita semua.
Tindakan kau akan melibatkan aku dan tindak-tanduk aku juga, pasti akan melibatkan engkau.

Pengamatan saya mendapati bahawa slogan 'islam pasti menang' dan 'ukhwah fillah' sering diguna pakai secara melulu untuk menyedapkan suasana yang sebenarnya runcing dengan masalah ketulusan hati dan ukhwah fillah(baca:akhlak) tanpa memainkan peranan yang sepatutnya untuk merangkul gelaran pemuda yang dikasihi ALLAH.

Oklah, nak sambung kerja ni.

Bersambung...

Saturday, October 18, 2008

Thursday, October 09, 2008

Sudahlah

Usahlah bercita-cita besar sekiraya yang berhempas pulas melaksanakannya bukanlah KAMU!Sudah sudahlah!

Tuesday, October 07, 2008

Penangan Bruce Springsteen!



Artis yang mempunyai pendirian politik.

Datuk Siti Nurhaliza-BN
Aqil Hayy-PAS
ITO-PKR

Mana lagi?

Wednesday, September 17, 2008

Turning Point :Drama Radio

Turning Point
oleh Abang Bad
-Oktober 2006


Bunyi hon, kedengaran pintu kereta dibuka dan ditutup lalu si ayah duduk dalam kereta.

"Hi Daddy, cepat balik ofis petang ni" Boy menegur ayahnya.
Emm ..kerja kat ofis memang tak pernah habis…today memang daddy nak balik cepat. Nak spend more time with your mom.I’m just tired!!
Bunyi kereta berderum dan mula bergerak.

Daddy ni sekarang lainlah, dulu boy tengok ayah balik rumah paling awal jam 10 malam everyday.Tapi sekarang ni tengok ayah macam relax je….

Bunyi hon panjang kedengaran.
Woi bangang punya mat rempit, adake dia jalan je,trafik light masih merah la brother!.Haih….(mengeluh) Nasib baiklah aku tak bawak laju, tak pasal-pasal je accident.
Eh Boy? Ada ke mat rempit siang-siang gini? Yang daddy tahu mat rempit ni hanya muncul sebelah malam je…..
Kedua-dua beranak ketawa kecil sambil Boy mencelah
Daddy…Mat rempit ni semua time ada. Masa siang kerja biasa, bila malam jadi pelumba…..

Adoiiii!!!Boringnya!! kat sini pun dah start jam. Pukul berapa pulak nak sampai rumah ni, tak sempat berbuka kat rumah lagi... Semalam naik LRT stuck berjam-jam sebab letrik tak ada. Hmm. Teruk betul!! Dengar lagu lagi baik.

Sambil memasang CD, Boy ikut menyanyi bersama lagu yang dipasang.

Eh..Boy slowlah sikit…lagu apa yang you pasang ni? Tutuplah CD tu, pasang radio Sinar ke, Light & Easy ke…IKIM lagi bagus..

Eeeee…please dad…, kalau Hotfm atau Xfresh tu oklah jugak!

Tanpa menghiraukan ayahnya Boy terus menyanyi berlatarbelakangkan muzik dari CDnya.
Boy…Listen..sambil menutup CD yang dipasang.
Can we talk something a bit serious? Mungkin ada hikmah kot kereta daddy rosak and you have to pick me up at the office. All this while ayah sibuk sokmo, and you jarang ada kat rumah, selalu hang-out dengan kawan-kawan even during this blessed month of Ramadhan.

Alah Dad, I don’t need this lecture. Boy dah besar, dah start bisnes sendiri pun.

I know you’re a big boy now and that’s why we need to have this man to man talk.
…Boy, tadi you kata daddy dah berubah kan, actually after doing some soul-searching, daddy baru realised matlamat hidup kita bukan sekadar mencari kemewahan hidup.


So..are you saying Daddy nak tinggalkan semua kemewahan daddy dan pergi duduk sorang-sorang kat gua?

Boy..please…. don’t be sarcastic.. siapa kata Daddy nak buang semua harta? What I’m trying to say is that I’m reviewing my life. Now I understand why your mom tak henti-henti nasihat kat daddy. Ayah terlalu sibuk kejarkan dunia.

Mom is a good wife, dad. Despite how bad you’ve treated her all this while, she still love you very much…
Suara Boy seakan-akan tersekat apabila melihat pengorbanan ibunya selama ini.

Mengeluh.Yes.. I know…she’s so wonderful. I realize now.. sebab itu I don’t want u to repeat my mistakes. Way too many mistakes Boy…

And for you Boy, please gunakan masa muda you untuk buat benda yang baik. You don’t have to do wonders straighaway!!! Start small. Mulakan dengan beri senyuman manis, to your families ,friends and people around you. Make people around you feel appreciated.Put the extra mile to help others. Islam itu indah, Islam itu mudah.
Boy jangan rasa dalam usia muda ni, umur kita masih panjang. Remember Hasan, your close buddy masa kat college tu?

Dengan suara sedih dan penuh kesedaran Boy menjawab……Ya……Ya…I remember him….he died of cancer during his final year.

Telefon bimbit ayah berbunyi.
Hi sayang! I baruuu kat Bangsar, tadi kat KL jam giler. ..emmm..rasanya tak sempat berbuka kat rumah ni..takpe I ingat I buka puasa kat masjid bangsar ni dengan Boy.Lama dah tak spend quality time with him. Ya..ya..Boy yang ambik I kat ofis. Kereta I rosak, malas nak suruh Pakcik Yusuf tu hantar.Takpelah..waktu pun dah nak masuk ni.Ok, see you after taraweh……

Boy menyampuk. Kirim salam kat Mommy.
Ok..Ok..eh..Boy kirim salam kat u, bye sayang assalamualaikum …

Azan berkumandang
Boy, park kereta kat tepi tu. kita berbuka kat masjid je hari ni..
Dad……Thanks for your advice…and actually I’m happy to see you change.
Well son….you’re looking at a new Dato’L!! He..he..
Oklah…oklah…err… dad...kita..nanti solat tarawih 8 ke 20 rakaat?
Sambil ketawa kecil. Ikut jelah daddy..sambil kedengaran pintu kereta ditutup.


p/s:Tak dan nak rakam drama radio ni.Satu lagi projek tergendala dhuat.

Sunday, September 14, 2008

Siapakah yang sombong itu?

Yang sombong itu adalah yang mempersendakan kebenaran dan merendahkan manusia lainnya.