Friday, November 28, 2008

Matematik dan SPM

(Rabu, Ogos 02, 2006)-Tarikh asal entry ditaip.

Matematik dan SPM

Assalamualaikum.
Baiklah para blogers semua.

Banyak kejadian yang berlegar di sekitar kita iaitu Isu Murtad, Israel serang Lubnan, Mahathir Khairy dan sebagainya.

Di sini, tidaklah saya ingin meminggirkan isu-isu tersebut, tetapi setiap bloggers ada peranan dan keistimewaan masing-masing mengikut situasi dan emosi.

Saya ingin menyuntik semangat juang para calon yang ingin mengambil perperiksaan SPM pada tahun ini.

Tajuk ceramah saya pada kali ini adalah IKHLAS.

Mengungkap kembali kisah peribadiku di sekitar tingkatan 4, honeymoon year di mana sebebasnya aku ponteng sekolah(dengan izin mama haha)kami ke Subang Parade, Carrefour, lala lala la.Begitu Indah sekali.Tak buat homework matematik.

Eiii aku paling benci matematik!

Dan zaman itu juga aku berpewatakan rebel, kaki gaduh/tumbuk haha.

Lone ranger to be precise.


Gangster wannabe. Kaki lewat pi skolah.
Bersahabat baik juga dengan Ketua/Guru Disiplin yang mana ibubapaku tidak dipanggil lantaran kelewatanku ke sekolah berhari-hari.

Ketua pengawas dan timbalannya kesemuanya kroni baikku.

Tetapi itu tidak memperbaiki masalah matapelajaranku.
Aku akui, aku pelajar tercorot.Pelajar biasa saja.
Selain kelas Kebudayaan/dikir barat, persatuan Bahasa Melayu...

Berbalik kepada cerita matematik tadi... ya aku selalu berjaya mendapat markah 8/100 14/100.Ntah kenapa ceq pun tak tau.Matapelajaran lain biasa sahaja...

Sehinggalah pada suatu ketika, guru kelasku memanggil beberapa pelajar corot ke rumahnya untuk dia memperteguhkan lagi kefahaman matematik kami.

Dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, aku melangkah setapak demi setapak untuk lebih berjaya dari sebelumnya.

Tibalah di suatu ketika di mana aku ingin membayar duit tuisyen kepada guruku itu atas kesungguhannya mengajar kami.

Jawabnya:Tak payah bayar.Saya ikhlas ajar kamu.Kamu pun tekun belajar.Kamu dapat markah baik, itulah bayaran saya.

Oh tidak! aku tersentuh dengan keikhlasan guruku itu.

Tidak lama selapas itu, prestasi matematikku mendadak naik.Graf markahku naik sedikit demi sedikit.Begitu juga dengan matepelajaran lainnya seperti sains, ekonomi, bla bla bla agak drastik beb!

Hingga pada suatu ketika final trial, aku mendapat markah 95/100 dan aku sendiripun tidak percaya. Malah, sahabat lain di kelasku seakan2 memboikotku kerana mereka tidak dapat menerima aku yang BARU itu.
Ada juga yang dengki; seperti memeriksa kertasku untuk mencari kesalahan pemarkahan, agar markahku dipotong; tetapi ALLAH menyebelahiku.
Ada juga yang terasa egonya tercabar kerana pelajar corot ini mengatasi mereka.

Mereka kaget!Terkesima!

Mereka boleh terima keadaan itu jika yang mengatasi mereka itu adalah salah seorang dari mereka tetapi BUKAN aku!


IKHLAS lah wahai kalian....

Aku doakan agar guruku/keluarganya itu diberkati ALLAH dunia akhirat

No comments: