Tuesday, October 21, 2008

Kembali kepada punca!

Sedar tidak sedar, hampir 8 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah berjamaah(PAS).Pelbagai ragam, pelbagai macam recam mematangkan pengalaman.

Ingat tak sewaktu mula-mula dahulu, hati bersih putih dan semangat cekal kental.
Diseliputi pula fatrah datang dan pergi sepanjang perjuangan.

Sahabat, ada yang datang dan pergi tetapi persoalan penting yang akan saya sentuh di sini adalah berkenaan ketulusan dalam berdakwah.

Ia bukan tentang aku aku dan aku tetapi tentang kita, ya kita semua.
Tindakan kau akan melibatkan aku dan tindak-tanduk aku juga, pasti akan melibatkan engkau.

Pengamatan saya mendapati bahawa slogan 'islam pasti menang' dan 'ukhwah fillah' sering diguna pakai secara melulu untuk menyedapkan suasana yang sebenarnya runcing dengan masalah ketulusan hati dan ukhwah fillah(baca:akhlak) tanpa memainkan peranan yang sepatutnya untuk merangkul gelaran pemuda yang dikasihi ALLAH.

Oklah, nak sambung kerja ni.

Bersambung...

1 comment:

Unknown said...

teruskan sampaikan dakwahmu dengan kebenaran , sebarkan budaya toleransi dan damai. mencari persamaan walau wujud berjuta perbezaan