Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

‎'Simple' lagi 'best' daripada 'Complicated'. All is well! Only good lies before me :)

Yang mudah itu lagi membahagiakan berbanding yang berselirat. Segalanya baik-baik sahaja. Hanya yang baik terbentang luas untukku 

Untuk merangka sesuatu sistem pekerjaan, filing memerlukan banyak ekperimentasi.
Matlamat akhir adalah produk yang dihasilkan mengikuti sistem yang telah kita ciptakan.
Kesan pengguna akhir terhadap karya yang kita hasilkan itu adalah tajuk yang lain ya.


Segala yang berselirat itu kita mudahkan. Nah, itulah kunci kepada kejayaan.
Memudahkan yang berselirat tanpa mengurangi kuliti produk akhir.

Akhir kata. Think simple, act accurate.


Dah habis entry ni.
Takde idea dah.

Saturday, September 15, 2012

AUDIO:Nama-nama yang takkan aku lupakan.







Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku.. 

Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku aku memerlukan.. 

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku.. 

Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...

Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah 

Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka. Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...

Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan... 

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...

Bersahabat adalah suatu rahmat...

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah.. 

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku..

Wednesday, September 12, 2012

Tips untuk membuat Montaj yang best!



1)Idea/story board yang JELAS dan kemas. Tak semestinya komplikated.
2)Gambar dan video yang hebat. Pilih shot atau klip yang jitu, yakni yang betul-betul cantik videonya, gambarnya. Biasanya gambar yang focus lebih berjaya berbanding gambar general.
3)Ambil masa untuk pilih fonts yang cantik atau bermain grafik. Tapi awas, jangan terlalu fine art. Pastikan ia simple dan mencapai maksud.
4)Pilih lagu tema yang paling sesuai/sedap/dan betul-betul kena dengan konsep penceritaan. Bunyi FX juga boleh disertakan.
5)Editing biar kemas, tepat dan motionnya beriringan dengan musik.
 Nah selamat mencuba!

Thursday, September 06, 2012

"Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho


"Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho

by Mr Dhuat on Friday, 13 April 2012 at 11:42 ·
Sumber: "Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho

Seorang pelajar lelaki telah memerhatikan neneknya menulis surat. Pada satu ketika dia bertanya:

Adakah nenek menulis cerita tentang apa yang kami lakukan? Adakah cerita mengenai saya? 'Neneknya berhenti menulis surat itu dan berkata kepada cucunya:Saya menulis mengenai anda, sebenarnya, tetapi lebih penting daripada bait kata di sini adalah pensil yang saya gunakan. 
Saya harap kamu akan menjadi seperti pensil ini apabila kamu membesar kelak.

Terpana, budak itu melihat pada pensil. Ianya tidak kelihatan seperti sangat istimewa.'Tetapi ia hanya seperti pensil biasa yang pernah saya lihat!'

'Itu bergantung kepada bagaimana anda melihat sesuatu perkara. Ia mempunyai 5 kualiti, jika anda berjaya berpaut dengannya, akan membuat anda seorang yang sentiasa aman dengan dunia. '

'Kualiti Pertama: anda mampu perkara yang besar - besar, tetapi anda tidak pernah lupa bahawa terdapat tangan yang membimbing langkah-langkah anda. 
Tuhan, dan Dia sentiasa memberi petunjuk kita mengikut kehendak-Nya. 

'Kualiti Kedua: sekarang dan kemudian, saya perlu berhenti menulis dan menggunakan pengasah pensil 1. Yang menjadikan pensil itu menderita sedikit, tetapi selepas itu, beliau lebih tajam. Jadi, anda juga mesti belajar untuk menanggung kesakitan dan kesedihan yang tertentu, kerana ia akan membuat anda seorang yang lebih baik.

'Kualiti Ketiga: pensil sentiasa membenarkan kita untuk menggunakan pemadam, menggosok sebarang kesilapan. Ini bermakna bahawa membetulkan sesuatu yang kita lakukan tidak semestinya sesuatu yang buruk, ia membantu agar sentiasa berada di landasan keadilan '.

Kualiti Keempat: Perkara yang sebenarnya bukanlah luaran kayu itu, tetapi bahagian dalaman iaitu grafit(arang). Jadi sentiasalah memberi perhatian kepada apa yang berlaku di dalam diri anda. 

''Akhirnya, kualiti pensel kelima: ia sentiasa meninggalkan tanda/kesan. Hanya dalam cara yang sama, anda perlu tahu bahawa semua yang anda lakukan dalam hidup akan meninggalkan kesan, jadi cubalah untuk menjadi lebih peka terhadap setiap perlakuan anda.

Terjemahan pemahaman sendiri oleh kaset79

Tuesday, September 06, 2011

Hanzo dan dunianya.


Hanzo budak baik, positif, periang, baik hati dan penyayang.
Aku mengenalinya melalui Pak Ngahnya.
Sangat 'best' apabila meraba perut gebunya itu.
Moga besar esok Hanzo menjadi orang yang budiman yang beriman.


Gubboi ke?
Hanzo sebaya dengan Ashraf dan Marwa anak buah saya :p

Wednesday, November 10, 2010

INDEX tidak melambangkan CONTENT!

INDEX itu petanda.

Petanda kepada perkara.

Contoh:

1) Petanda bagi anak kunci rumah berada di dalam beg sandang adalah adanya 'wallet kunci' di dalam beg sandang.

2) Petanda bagi ramainya orang di rumah Pak Abu adalah kerana adanya banyaknya selipar dan kasut di luar pintu rumahnya.

3) Petanda Restoran Minang Mengiau itu sedap adalah kerana ramainya orang di sana.

Secara umum, bolehlah digunapakai index ini, tetapi awas! Tak semua INDEX itu boleh dipercayai... Boleh percaya kepada INDEX, tetapi tak semua.

(Pengalaman mematangkan)

Heh!

Tuesday, December 01, 2009

Lafazkanlah Rindu


powered by ODEO

LAFAZKANLAH RINDU

andai lafaz bernoda permata
bukan nawaitu hamba

takkan berlabuh bahtera cinta
tenggelam dan tersisa

c/o
biar memutih langit
kasih tidak berpaling
terukir di jiwamu
bait puisi rindu

mengharap bulan jatuh ke riba
tika terang suria

bagai musafir di hujung senja
tersesat dalam langkahnya

c/o
secangkir cinta suci
jadikanlah selaut
tersematlah di hati
maghfirah yang bertaut

Reff
tintakanlah rindumu sejujur hati
sebelum kau kembali...

Wednesday, August 12, 2009

EGO!



Konsep:Dhuat
Cerita Asal:Nadiy
Arahan:Dhuat

Lakonan:Mudzil dan Nadiy
Cameraman:Ahmad
Editing:Ahmad

Wednesday, July 29, 2009

Friday, July 24, 2009

Ulang dengar:Rakaman Untuk Dunia 10 -Sound System



Wawancara bersama Encik Angah, wakil daripada Anggerik.net mengenai peripentingnya audio-set up yang menghasilkan bunyi kemas.

Untuk mendownloadnya, sila ke SINI

Rakaman ini mengambil masa 10 minit untuk mendengarnya.

Semoga bermanfaat

Thursday, July 23, 2009

Comeundone!

Comeundone!(berlalulah)

Kita, sebagai makhluk, seharusnya berusaha dan berdoa.
Ia, memang...
Keputusan hak Mutlak milikNya.

Apakah kita melangkaui keputusan ALLAH dengan berkira-kira?

Sekiranya begini atau sekiranya begitu...

ALLAH Tuhan,
kita makhluk!

Makhluk berusaha, berdoa dan redha
bukannya BERSERAH sepanjang masa!

BANGUN dan berjuanglah habis-habisan!

Maksud tak tercapai, terkapai di tengah jalan
sedang kita dalam keadaan 'berusaha'... nah
itu lebih molek berbanding berserah sebelum bermula.


Comeundone! Tepilah!
Orang nak lalu!

Comeundone! Kau boleh belah!


Nota:Comeundone = berserah sebelum bermula, juga gerhana

Tuesday, May 12, 2009

Wednesday, April 22, 2009

YB Nizar lagi best daripada Husam Musa atau Anwar Ibrahim

Ini pandangan peribadi aku jer la :)

Multi Language
Magnet kuat
Tawadduk
Dimulai dengan Al Quran

Monday, April 13, 2009

Aku adalah duta kasih sayang

Aku, kau dan dia adalah satu
Selama ini, aku banyak membisu, membatu
Mengimpikan yang indah-indah dan juga berlagu
Berlagu dan membiarkan masa terus berlalu...

Dewasa ini,
pergolakan jiwa dan minda
memisahkan kau dan dia
tetapi tidak aku

Kau dan dia, menghidupkan aku
Aku berperanan untuk menyatu!
Kerana aku, kau dan dia,
'kita' adalah SATU!

Monday, April 06, 2009

Entry June 11 2006

Assalamualaikum para blogger sekalian.

Banyak kisah yng berlaku berlegar di sekitarku dalam masa dua bulan ini.

Namun, apa yang akan aku paparkan merupakan cebisan pengamatanku untuk difikirkan bersama.

Blogger sekalian,

Tahukah kalian halatuju hidup kalian?

Tahu kan?

Oleh itu haruslah dikurangkan bongkak bicara dan diperbanyakkan ramah bekerja.
Halakan menjurus kepada destinasi objektif.
Tak semestinya terlalu sempurna.
Yang penting ia menjadi produk akhir bersesuaian dengan masa, tenaga dan keupayaan kita pada sesuatu masa yang ditetapkan.
Kita mesti pandai menjimat tenaga dan masa jg wang ringgit agar ia dapat menjana kita hingga ke destinasi nafas terakhir.


Usrah cawangan di Sunway baru2 ini menyedarkan aku tentang erti kehidupan.
Berkisarkan surah Al An Am (binatang ternakan)

Bukanlah aku baharu sahaja dikejutkan dengan erti kehidupan, tetapi aku semakin faham bahawasanya kita punya kekuatan untuk menentukan halatuju hidup kita sendiri dengan berbekalkan kudrat ALLAH.

Binatang ternakan ini mengikuti rutin kehidupan yang sama bertahun2 lamanya sehinggalah sampai ke nafas yang terakhir.

Ini adalah kerana dek bujukan zon selesa.

Usrah di rumahku (1 minggu sebelum usrah di Sunway) memberi suatu nafas kebangkitan!
Aku semakin berani hidup dan aku berani untuk mati! aku tak gentar.
ilmulah yang meniup nafas kebangkitanku itu.

Cumanya terkadang... aku lurut bersama madu indah.

tak kisahlah, madu indahka, nafas kebangkitanka, halatujuka... segala galanya untuk ALLAH. Aku kembalikan segalanya kepada ALLAH.

Aku yang mencuba sehabis baik!

Wednesday, April 01, 2009

Comeundone!

Kita, sebagai makhluk, seharusnya berusaha dan berdoa.
Ia, memang...
Keputusan hak Mutlak milikNya.

Apakah kita melangkaui keputusan ALLAH dengan berkira-kira?

Sekiranya begini atau sekiranya begitu...

ALLAH Tuhan,
kita makhluk!

Makhluk berusaha, berdoa dan redha
bukannya BERSERAH sepanjang masa!

BANGUN dan berjuanglah habis-habisan!

Maksud tak tercapai, terkapai di tengah jalan
sedang kita dalam keadaan 'berusaha'... nah
itu lebih molek berbanding berserah sebelum bermula.


Comeundone! Tepilah!
Orang nak lalu!

Comeundone! Awak boleh belah!


Nota:Comeundone = berserah sebelum bermula

Thursday, March 26, 2009

Bersyukur (meraikan kejayaan kecil) tiru enai hehe

Meraikan sebuah kejayaan kecil itu juga tandanya bersyukur.
Keberjayaan RUD dan penyelesaian masalah kerja di ofis, berhajatkan
saya untuk meraikannya.

Berkah kerja di ofis adalah pada solat dan 'tidak mengurangi timbangan'.
Ini mencakupi semua. Peniaga, yang makan gaji(jangan mengulor masa) kerana timbangan itu ditujukan untuk semua.

Andai aku memandang enteng akan solat, pastinya rahmah dan barakah
takkan hadir dalam penyelesaian masalah teknikal, manusiawi di tempat kerjaku.

Solat dan zikir menenangkan waktu kritikalku di dunia kapitalis ini.

Waduh, waduh!


P/S:Nak 'celebrate' makan apa ya? Ha? MAKAN? hehe

Tuesday, February 17, 2009

Redefine adalah perlu sebelum rebranding

Apa khabar dunia?

Redefine adalah perlu sebelum rebranding.

Re bermaksud membuat penilaian semula demi untuk memajukan sesuatu.

Redefine bermaksud mendefinasikan intipati, dalaman, matlamat ataupun fungsi utama sesuatu badan manakala rebranding lebih menjurus kepada pendekatan.

Redefine semacam proses fungsi sebenarnya sesebuah kereta,(untuk menguratkah, sebagai teksikah, racingkah, kenderaan dakwahkah) manakala rebranding pula adalalah lebih kepada ’make over’ luaran dan dalaman kereta, bergantung kepada fungsi sebenar sesebuah kereta tersebut. Rebranding tidak sesekali melibatkan fungsi, ia lebih kepada pendekatan supaya dirinya tampil ’lovable’.

Redefine Rakaman Untuk Dunia
Berusaha untuk lebih fokus dan jelas matlamat blog ini.

Rebranding Rakaman Untuk Dunia
Telah didesign oleh Cpol tahun lalu.

Dalam kes saya ini, rebranding telah berlaku dahulu sebelum redefine.

Oh itu itu tidak mengapa, kerana design web selalunya akan mengikut nadi web dan bukan sebaliknya. Hehe Cpol kene design untuk kesekian kalinya… itupun kalau dia tak busy sangatlah.

Takkanlah saya mahu menulis supaya bersesuaian dengan design blog saya kan?
Seharusnyalah design itu mengikuti nadi blog ini.

Aku tak pintar macam orang ilmiah , namun dari sudut penjiwaan seni, aku dalam.
Fine-art. Jiwa hahah

Asalnya, rakaman untuk dunia adalah sebuah blog yang berorientasikan rakaman musik ataupun talk-show aku untuk diperdengarkan kepada dunia.

Aku mencadangkan kepada desinger tersohor kami, Sifu Cpol agar mendesign blog aku lebih kepada abstract berbanding design yang graphic dan konstruktif. Banyak elemen fade, pencahayaan, dark, glow, semacam collage ataupun montage. Ala-ala Dave Mckean gitu komik the Sandman. Tapi tidaklah mempunyai elemen hantu…

Sunday, February 15, 2009

Redefine diri anda.

Suatu ketika dahulu, Tuan Guru melaksanakan 'redefine' untuk menentukan halatuju PAS
agar ia jelas, jujur dan menuju ALLAH.

Aku, ya, dan anda semua perlulah juga untuk redefine diri anda.

Redefine akan saya bebelkan di entry lain kali, kerana tak habis baca lagi hehehe

Apa matlamat anda?
Sudahkah anda putuskan, apakah pengkhususan anda?

Manusia ada pelbagai, ada yang menjadi ustaz, ahli politik, pendakwah, ahli musik.

Kita mahukan ustaz yang berkualiti, ahli politik yang berkualiti, pendakwah yang berkualiti.

Kita TAKNAK yang biasa-biasa.
Kita NAK yang HEBAT HEBAT!

Biasanyalah, mereka yang hebat ini mempunyai pengkhususan.
Sebagai cotoh perbandingan, pendakwah yang biasa-biasa akan buat kerja genenal manakala pendakwah yang bisa berkhutbah, akan memantapkan dirinya dalam ilmu pengkhutbahan.

Khutbahnya tidak boring, malah bisa mengetuk hati-hati manusia yang mendengarnya.
Kita manusia, harus belajar, harus menimba pengalaman, untuk memperoleh skill sedemikian.

Skill tidak akan datang bergolek.
Melodi mungkin akan datang begitu sahaja tetapi melodi yang dicari ditambah setelah memperolehi yang diilhami, lebih bermakna daripada melodi yang diilhami cuma.

Bersyukur adalah dengan memantapkan diri dengan skill penghkhususan yang telah kamu pilih.

TANGGUGJAWAB KAMU untuk menambah nilai skill pengkhususan kamu.

Method yang dicadangkan.

Ambil coti satu hari, naik komuter ke atau tasik perdana ke...
Tinggal di hotel semalaman ker (yang berkeluarga mestilah bawa keluarga bersama)

Sekian sshaja untuk kali ini.

Entry berikutnya: Redifine menuju Impian

Thursday, February 12, 2009

Kenapa PERAK penting?

PENGALIRAN PENGARUH ISLAM

Jika dikaji dari segi geografik, pusat pentadbiran negara Malaysia dikelilingi oleh negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Devide and Rule (divide et impera)
Ya, method ini masih diguna-pakai oleh warisan rejim Inggeris.

Mereka akan memastikan bahawa, negeri Kelantan tidak dapat melebarkan empayar Islam melalui PAHANG ke Kuala Lumpur.

Kedah semakin utuh, itu yang sangat pentingnya PERAK itu!

Untuk memastikan juga bahawa JOHOR tetaplah dengan ke'TOTOK'annya, maka dijaga habis-habisan Negri Sembilan dan Melaka supaya tidak goyah atau cenderung kepada islam.