Showing posts with label pejuang sejati. Show all posts
Showing posts with label pejuang sejati. Show all posts

Monday, June 08, 2009

Duta kasih sayang (2)

Assalamualaikum kepada sekalian pembaca yang dirahmati ALLAH.
Saya, sebagai amilin biasa-serdehana, memang banyak pincangnya.

Lelah, penat, Astro, internet, DVD adalah penyumbang utama kepada kelesuan
melakukan gerak kerja jammah oleh manusia biasa seperti saya.

Saya akan memanfaatkan kelemahan saya ini sebagai kekuatan saya.
Saya akan hasilkan produk kreatif yang gempak-gempak!

Orang nak perlekeh, biarlah.
Paling tidak, aku punya cita-cita.

Berbalik kepada tajuk asal, apa pun keputusan yang telah dibuat, biarpun kita mempunyai kecenderungan tersendiri, kita kena terima dan redha sahajalah,
kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh ALLAH menerusi pengundian yang tulus ikhlas.

Adakah kita mahu menjadi golongan yang menafikan atau meragui keputusan Yang Esa? Kita ikut sahaja.

Sebenarnya, aku suka kedua-dua golongan ini.Saling lengkap melengkapi.
Situasi sekarang adalah kedua-duanya bersama dan yang terpilih menerajui, tetapi tidaklah mengabaikan golongan yang satu lagi.

Sudahlah... kita ni kan adik beradik.

Berdamailah :)

Yuk teruskan kerja!

Friday, March 20, 2009

Tahniah band HUJAN (diterima baik di Indonesia)

Anda telah diterima baik oleh peminat anda di sana!

Saya akan mengikut jejak anda Hujan :)

Band atau penyanyi itu merupakan kenderaan.
Apa yang disampaikan(destinasi) itulah, jiwa yang sebenar.

Jikalau stail musisi semata, ataupun ideologi songsang yang ingin diterapkan,
itu tidaklah bermakna berbanding menyampaikan yang NYATA.

Itulah amal maaruf nahi mungkar.

Jikalau musik itu sekadar catatan perjalanan hidup cuma,
sekadar pengiktibaran bolehlah tetapi tidaklah HEBAT sepertimana menyebarkan ideologi yang mendaulatkan islam.

Yang hebat tetaplah hebat!

Islam itu hebat.

Hebat kalau kau berpaksikan kepada Islam, selainnya anda takkan hebat.

TAKKAN!





powered by ODEO

Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Pejuang Sejati Kembali Beraksi!

Pejuang sejati kini kembali beraksi!
Berdegar! Berkobar! Aku berikrar!
Cukuplah sudah tidur, cukuplah 'fatrah' ini.
Kini kukembali untuk beraksi!

Chorus
Sambutlah 'salamku' ini, duhai teman, para pendaei.
Berikan aku peluang ini, aku ingin beraksi...

aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...

Saturday, February 28, 2009

La Tahzan (Rakaman Usang)

Komposer:Ahmad Dhuat
Lirik:Cpol



Semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

Biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

Usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

Senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.

Tuesday, February 17, 2009

Redefine adalah perlu sebelum rebranding

Apa khabar dunia?

Redefine adalah perlu sebelum rebranding.

Re bermaksud membuat penilaian semula demi untuk memajukan sesuatu.

Redefine bermaksud mendefinasikan intipati, dalaman, matlamat ataupun fungsi utama sesuatu badan manakala rebranding lebih menjurus kepada pendekatan.

Redefine semacam proses fungsi sebenarnya sesebuah kereta,(untuk menguratkah, sebagai teksikah, racingkah, kenderaan dakwahkah) manakala rebranding pula adalalah lebih kepada ’make over’ luaran dan dalaman kereta, bergantung kepada fungsi sebenar sesebuah kereta tersebut. Rebranding tidak sesekali melibatkan fungsi, ia lebih kepada pendekatan supaya dirinya tampil ’lovable’.

Redefine Rakaman Untuk Dunia
Berusaha untuk lebih fokus dan jelas matlamat blog ini.

Rebranding Rakaman Untuk Dunia
Telah didesign oleh Cpol tahun lalu.

Dalam kes saya ini, rebranding telah berlaku dahulu sebelum redefine.

Oh itu itu tidak mengapa, kerana design web selalunya akan mengikut nadi web dan bukan sebaliknya. Hehe Cpol kene design untuk kesekian kalinya… itupun kalau dia tak busy sangatlah.

Takkanlah saya mahu menulis supaya bersesuaian dengan design blog saya kan?
Seharusnyalah design itu mengikuti nadi blog ini.

Aku tak pintar macam orang ilmiah , namun dari sudut penjiwaan seni, aku dalam.
Fine-art. Jiwa hahah

Asalnya, rakaman untuk dunia adalah sebuah blog yang berorientasikan rakaman musik ataupun talk-show aku untuk diperdengarkan kepada dunia.

Aku mencadangkan kepada desinger tersohor kami, Sifu Cpol agar mendesign blog aku lebih kepada abstract berbanding design yang graphic dan konstruktif. Banyak elemen fade, pencahayaan, dark, glow, semacam collage ataupun montage. Ala-ala Dave Mckean gitu komik the Sandman. Tapi tidaklah mempunyai elemen hantu…

Thursday, January 22, 2009

Lagu baru!

Diari Dakwahku

embun pagi bermain-main
tika sang anak membelek-belek
catatan abinya yang tlah pergi
entah bila kan kembali

hilanglah duka di dalam hati
pabila menatap coretan abi
saban harinya menghamba diri
bercanda berkasih pada Ilahi

la ilaha illallah wala na'budu illa iyyahu
mukhlisinalahuddin...

apakah ada masa tuk ku bersenang leka
sedang abi menyemai kasih pada Yang Esa
KepadaMu Ya Allah hidup mati kuserah
dengan sesungguhnya...

Biar memutih jasad jiwa tetap membara
meranjau dan membakar kuhembuskan semua
hingga kalimah suci mengharum di buana
selama-lamanya...

Nota:Iya, iya ini adalah sambungan daripada lagu di manakah abi.

Sunday, January 18, 2009

Berikut adalah entry saya yang lalu

Bersangka baik itu adalah doa yang positif!

Kita adalah apa yang kita gambarkan!

Ok, ok cuba lihat wish list kamu lima tahun nan lalu...
Nah, kebanyakannya telah termakbul bukan?

Bersangka baik, disertai ikhtiar, doa dan tawakkal amat digalakkan.

Pendek kata, saya sudah menggambarkan kemenangan kita di Terengganu!

Kita sudah menang :)

Tuesday, January 13, 2009

sa-buah rakaman lama (2004)

142 adalah terjemahan dalam bahasa inggeris surah Ali Imran Ayat 142.
Ikhtiar akhi Faei.

Pengaruh musiknya seperti lagu 'church'.

Sementelah vokal aku tak 'seberapa' hehe, kekuatannya
adalah kepada mesejnya.


142 - Ali Imran - Dhuat

142
Do You think
You will enter paradise
Before his test
Who fought with the best
In patience in His cause
You did indeed wish for martyrdom
Before You met it
Now you've seen it openly with your own eyes.
He is no more than a messenger
Before him passed away many messenger
If he dies will You be disbelievers?
And turn back on your heels
Even if You do so, no harm to Allah
Surely reward will be given for the grateful.
Many among them,
Fought in Lord's cause
Along with them
Ribbiyyuun.
They never lost heart
Neither weaken nor degrade
Love of Allah bestowed on them
Our Lord! Forgive our sins
Transgression
Keep firm our feet- Give us Victory

(There is no God except ALLAH and Muhammad is the messenger of ALLAH)

Untuk mendownloadnya, sila klik SINI dan save as...

Monday, December 29, 2008

Biarkan dia dengan 'jiwang'nya

Entry ini bukanlah bermaksud untuk membela diri sendiri atau sewaktu dengannya.
Bukanlah juga untuk memperkecilkan sebahagian pendapat mengenai seorang pejuang yang jiwang.

Perlu diketahui, bahawasanya disebalik kegagahan seorang perwira, dipaterikan oleh cinta si isteri selain cinta utuhnya terhadap Tuhannya.

Proses 'penjiwangan' biasanya terjadi apabila si suami baru setahun jagung dalam alam perkahwinan.Biarkan dia meresap jiwa yang gelora, sampai masa, aku pasti beliau akan beraksi mengatasi prestasi beliau yang sebelumnya.

'Recharging proses' ini mungkin mengambil masa sehingga anak pertama dilahirkan.

Pejuang sejati pasti akan kembali beraksi!