Tuesday, February 17, 2009

Redefine adalah perlu sebelum rebranding

Apa khabar dunia?

Redefine adalah perlu sebelum rebranding.

Re bermaksud membuat penilaian semula demi untuk memajukan sesuatu.

Redefine bermaksud mendefinasikan intipati, dalaman, matlamat ataupun fungsi utama sesuatu badan manakala rebranding lebih menjurus kepada pendekatan.

Redefine semacam proses fungsi sebenarnya sesebuah kereta,(untuk menguratkah, sebagai teksikah, racingkah, kenderaan dakwahkah) manakala rebranding pula adalalah lebih kepada ’make over’ luaran dan dalaman kereta, bergantung kepada fungsi sebenar sesebuah kereta tersebut. Rebranding tidak sesekali melibatkan fungsi, ia lebih kepada pendekatan supaya dirinya tampil ’lovable’.

Redefine Rakaman Untuk Dunia
Berusaha untuk lebih fokus dan jelas matlamat blog ini.

Rebranding Rakaman Untuk Dunia
Telah didesign oleh Cpol tahun lalu.

Dalam kes saya ini, rebranding telah berlaku dahulu sebelum redefine.

Oh itu itu tidak mengapa, kerana design web selalunya akan mengikut nadi web dan bukan sebaliknya. Hehe Cpol kene design untuk kesekian kalinya… itupun kalau dia tak busy sangatlah.

Takkanlah saya mahu menulis supaya bersesuaian dengan design blog saya kan?
Seharusnyalah design itu mengikuti nadi blog ini.

Aku tak pintar macam orang ilmiah , namun dari sudut penjiwaan seni, aku dalam.
Fine-art. Jiwa hahah

Asalnya, rakaman untuk dunia adalah sebuah blog yang berorientasikan rakaman musik ataupun talk-show aku untuk diperdengarkan kepada dunia.

Aku mencadangkan kepada desinger tersohor kami, Sifu Cpol agar mendesign blog aku lebih kepada abstract berbanding design yang graphic dan konstruktif. Banyak elemen fade, pencahayaan, dark, glow, semacam collage ataupun montage. Ala-ala Dave Mckean gitu komik the Sandman. Tapi tidaklah mempunyai elemen hantu…

No comments: