Wednesday, February 18, 2009

Rakaman Untuk Dunia telah kembali

Alhamdulillah, ya Rakaman Untuk Dunia telah kembali.

Akan saya gagahi supaya ianya menjadi tanggungjawab tetap saya.

Bukan berkala.
Tetap!


Rud 12.MP3 - DJ Dhuat


Rancangan yang menyuntik semangat juang, disamping membangunkan jiwa-jiwa supaya Kembali kepada Islam.

Saya dengan cara saya yang daif ini, tanpa izin dariNya, mana mungkin saya boleh
Bangun kembali, redefine diri.

Alhamdulillah dan Allahuakbar!

Sekalung penghargaan kepada semua yang menyokong Rakaman Untuk Dunia.

Tak lupa juga bantuan sahabat handai yang akan saya temubual pada episod mendatang.

Pemusik Enai, Peguam Elmafraqi, Doktor Salman (Alqasam), Ustaz Nizam (Albazrah), Composer Mujahid, Politikus Abang Lan (Kak Wan), Cikgu Jamil, Suri rumah Kak Diq, Jurutera Paiji (Suue), Penyanyi Muadz, Pendakwah Faei, Cikgu Cpol(sudah tentu!) Programmer Fakrul dan ramai lagi insyaallah.

Peranan saya, memindahkan gambaran atau gagasan mereka yang ditemuramah itu kepada ’bahasa awam’ supaya dapat dihadami oleh pendengar dengan rela hati, rela telinga. Oh ya, saya ni orang awam juga 

Seiring mereka berdialog dengan penuh ’passionate’ dan kesungguhan, ketika itu jugalah saya akan menjurus perbincangan kepada ’hidup bertuhan’.

Mereka passionate, saya passionate, hasilnya GIGAPASSIONATE!

Itulah saya, itulah kami, bersatu demi dakwah dan kasih sayang kami kepada penghuni dunia.

Antara tajuk yang saya terfikirkan:

Chenta remaja-remaji, jom!
Avatar muda-mudi:Internet dan TV kabel
Budaya ipod
Kenapa asyik asyik akuuuu je yang kena buat?
Introvert vs Extrovert
Melodi masakini tak bisa evergreenkah?
Kepimpinan penuh kesopanan (padahal kuku besi cara lembut)
Gothic: Jiwa, budaya atau bergaya?
Bila nak mula?
Being BOLD and humble at the same time
Lyric:Essence, depth and substance
Kenapa rancangan radio masa kini boring ya amat?
Ayahku wiraku
Soleh:Being reserved
Perasan diri itu bijaksana
Aku ini, aku itu aku aku (Kalian dengar sahaja)
Asas untuk pandai memasak
Haraki loves Sufi (a lot!)
Filem dakwah macam mana ya?
I’m HIP!
Malaysia:Order baru
Penangan Rancangan reality:Ramai yang suka komen berbanding membuat kerja!



p/s:
Terima kasih tak terhingga kepada inspirasi saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jikalau saya tersilap cara, gaya, kalian tegurlah saya. Saya manusia biasa, dengan cara saya yang serba serdehana, ingin memanfaatkan obsesi saya ’rakaman audio’ untuk dunia.

Ralat Untuk audio di atas

Indah Water
Premis domestik atau rumah kediaman dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.(Bukannya 100 sebulan)

17 February 2009 (Bukannya 2007)

I need script writer/content editor hehe...

Untuk mendownloadnya, sila right click sini and save as...

No comments: