Showing posts with label audio. Show all posts
Showing posts with label audio. Show all posts
Monday, March 02, 2015
Tatacara pemilihan speaker mini
Baiklah pada enty kali ini, ingin saya kongsikan ilmu untuk memilih speaker yang bagus untuk kegunaan anda.
All-rounder speaker akan saya umumkan pada akhir entry ini.
Sekarang ni zaman Awan Nano.
Semua nak ringkas dan padat.
Tiada lagi Boombox yang diusung, hanya speakerbox yang kecil dan padat bunyinya.
Bayangkan pada zaman 80-an dahulu, untuk menghasilkan bunyi yang dihasilkan speaker-box ini
memerlukan speaker yang bersaiz serdehana!
Di kiri sekali namanya silver... bunyi treblenya sangat kemas dan detail... mid range ok...bass tak berapa perform. Silver saya beli pasca raya 2014. Hanya beberapa minggu setelah membeli Black Dynamic-Duo. (Dibeli Jan 2014)
Sebelah Silver adalah Black Bluetooth kelaran Beats cetak rompak dari negara China.
Bunyinya sangat sedap , tajam dan nyaring... bass juga hebat dan kadang-kadang keterlaluan kekuatan volumenya. Sangat bagus untuk pelbagai jenis musik tetapi malangnya baterinya senag sangat haus!
Black Dynamic-Duo, soundnya hebat dan tidak pecah...Ada remote control dan ianya touch screen...
Malangnya juga kerana, punca kuasa untuk caj speaker ini mudah rosak. (Dibeli masa puasa 2014)
Paling kiri sekali adalah Garden Boom-Box. Bateri tahan lama juga, melebihi Silver ketahanan baterinya..Agak makan bateri jika memainkan musik memakai thumbdrive, tetapi tidajk jika menggunakan SD card (Besar). Bunyinya sederhana, bassnya sedang elok dan tak keterlaluan. Treblenya serdehana dan tak berapa tajam. Mudah dibawa kemana-mana, tak banyak songeh dan tahan lasak! Dibeli pada tahun 2012 (barang expired)
Aku suka dengar lagu Hetty Koes Endang pakai Garden ni.
Pemenangnya All Rounder dimenangi oleh Garden Boom-Box!
Saturday, September 15, 2012
AUDIO:Nama-nama yang takkan aku lupakan.
Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..
Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..
Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku aku memerlukan..
Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..
Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..
Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..
Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..
Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..
Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...
Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..
Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah
Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka. Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..
Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah..
Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...
Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan...
Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...
Bersahabat adalah suatu rahmat...
Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..
Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..
Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..
Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah..
Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku..
Saturday, September 08, 2012
Thursday, June 25, 2009
Audio Madness
Assalamualaikum kalian semua.
Semoga dirahmati ALLAH.
Ya, kita semua sebok, sebok dengan urusan dunia, menuju akhirat.
Namun, apa yang ingin dikongsikan ini, lebih berupa kepada obsessi peribadi
Bunyi-bunyian!
Jikalau anda inginkan set-up audio headphone, saya cadangkan Grado SR-60.
Bunyinya memang jujur di samping design RETRO.
Untuk set-up, home audio pula, harus diselidiki oleh diri anda sendiri...
Anda penggemar Videokah, video gamerkah anda, pembikin musikkah anda?
Tiada audio set-up yang mempunyai multi fungsi.
Untuk pembikin musik, sound engineer anda bolehlah ke CK Music atau ke jalan pasar untuk membeli 'speaker khas' untuk rakaman-mixing-mastering.
Pun jika anda ingin budget(seperti saya) belilah micro hifi di kedai barangan
'second-hand'.Jangan beli speaker (2.1) untuk rakaman. Ini adalah kerana, bunyi yang jujur tidak dapat dihasilkan oleh 'satelite speaker bersama' boom box(bass).
Dari segi hipotesis, mereka mengatakan bahawasanya bunyi 'mid-range' dihasilkan dengan campuran bunyi 'hi-range satelit' dan bass oleh boom box.
Bose juga mengaplikasikan teknik ini.
Saya sarankan lagi sekali, untuk komposer-engineer, dapatkanlah speaker stereo sahaja.
Jikalau anda peggemar audio tegar, set-up speaker malal bersama amplifier adalah pilihan tepat buat anda. Speaker Mission bersama amplifier Harmon Kardon memanglah idamanku tetapi ongkos menjadi penghalang. Awas! Bil elektrik anda akan melimpah ruah lagi jika ditambah dengan penggunaan tiub.
Untuk pengguna komputer di rumah pula, saya menyarankan Bose, companion 5 untuk anda. Saya telah merasainya(nikmat bunyi di kedai) pergh memang best untuk halwa telinga... mencakupi bunyi surround dan juga sesuai untuk filem dan musik.
Jikalau anda peminat tegar bunyi, dapatkan yang terbaik buat anda dan bekerjalah bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah, saya telah menikmati bunyi-bunyian yang sangat indah sejak sekolah menengah lagi. Saya merasai nikmat Deluxe Super Leanear-Bass(DSL), T Bass, BBE. Dolby B, Dolby Digital. MASH, Mega Bass. AVLS, dan banyak lagi.
Alhamdulillah!

Subscribe to:
Posts (Atom)