Thursday, June 25, 2009

Audio Madness

Assalamualaikum kalian semua.
Semoga dirahmati ALLAH.

Ya, kita semua sebok, sebok dengan urusan dunia, menuju akhirat.

Namun, apa yang ingin dikongsikan ini, lebih berupa kepada obsessi peribadi
Bunyi-bunyian!

Jikalau anda inginkan set-up audio headphone, saya cadangkan Grado SR-60.
Bunyinya memang jujur di samping design RETRO.

Untuk set-up, home audio pula, harus diselidiki oleh diri anda sendiri...
Anda penggemar Videokah, video gamerkah anda, pembikin musikkah anda?

Tiada audio set-up yang mempunyai multi fungsi.

Untuk pembikin musik, sound engineer anda bolehlah ke CK Music atau ke jalan pasar untuk membeli 'speaker khas' untuk rakaman-mixing-mastering.

Pun jika anda ingin budget(seperti saya) belilah micro hifi di kedai barangan
'second-hand'.Jangan beli speaker (2.1) untuk rakaman. Ini adalah kerana, bunyi yang jujur tidak dapat dihasilkan oleh 'satelite speaker bersama' boom box(bass).

Dari segi hipotesis, mereka mengatakan bahawasanya bunyi 'mid-range' dihasilkan dengan campuran bunyi 'hi-range satelit' dan bass oleh boom box.

Bose juga mengaplikasikan teknik ini.

Saya sarankan lagi sekali, untuk komposer-engineer, dapatkanlah speaker stereo sahaja.

Jikalau anda peggemar audio tegar, set-up speaker malal bersama amplifier adalah pilihan tepat buat anda. Speaker Mission bersama amplifier Harmon Kardon memanglah idamanku tetapi ongkos menjadi penghalang. Awas! Bil elektrik anda akan melimpah ruah lagi jika ditambah dengan penggunaan tiub.

Untuk pengguna komputer di rumah pula, saya menyarankan Bose, companion 5 untuk anda. Saya telah merasainya(nikmat bunyi di kedai) pergh memang best untuk halwa telinga... mencakupi bunyi surround dan juga sesuai untuk filem dan musik.

Jikalau anda peminat tegar bunyi, dapatkan yang terbaik buat anda dan bekerjalah bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, saya telah menikmati bunyi-bunyian yang sangat indah sejak sekolah menengah lagi. Saya merasai nikmat Deluxe Super Leanear-Bass(DSL), T Bass, BBE. Dolby B, Dolby Digital. MASH, Mega Bass. AVLS, dan banyak lagi.

Alhamdulillah!

No comments: