Usai sudah pembikinan Revolusi Pejuang Sejati
Moga kita berjumpa di album yang berikutnya;
Filsuf Sufi:Suatu Terapi dan juga Hidup!
Pada dasarnya, ikhtiar saya memulakan kedua-dua tema di atas
(Revolusi dan filsuf sufi)
adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya,
amat kurangnya lagu sedemikian
yang dihasilkan oleh munsyid apatah lagi kumpulan 'rock band'.
Sememangnya experimentasi lagu Revolusi 'dakwah' dialunkan
ke dalam melodi pop-rock terkini, ia masih kelihatan agak janggal.
Setidak-tidaknya, apabila sang pendengar jatuh hati
kepada musik kami, membuatkan mereka mempelajari
makna seterusnya memanifestasikan lagu-lagu kami.
Itulah doa dan cita-cita kami.
Sememangnya kami bukanlah di kalangan yang warak, tetapi
menghasilkan produk sebegini tidaklah kami bermaksud menghina
siapa-siapa atau merendahkan pandangan ulama tentang alatan musik bertiup serta bertali.
Saya secara peribadi berpegang kepada penekanan maksud lirik yang penuh jiwa
berbanding elemen zahiriah.Baiknya lirik maka baiklah musiknya, setan lirik setanlah musiknya pula.
Pada zaman dahulu dan juga sekarang, perkaitan musik dan zina adalah
sangat bertaut rapat.Di sinilah peranan pendakwah yang terpanggil dari segi
kemahiran puisi dan musisi untuk menyediakan alternatif 'nakal-sedikit' selain alternatif yang bersih.
Baiklah, berikut adalah produk Revolusi Pejuang Sejati.
Harap didownload dan disebar-luaskan.
Ya percuma untuk dunia!
(Haram dijual produk kami tanpa izin kami,HARAM!)
CDnya akan kami jual nanti :)
1)-Prolog Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat
powered by ODEO
2)-Angin- Aduka/Dhuat
powered by ODEO
3)-Generasi- Cpol/Dhuat
powered by ODEO
4)-Palestina:Dendangan Luka- Cpol/Dhuat
powered by ODEO
5)-Romeo+Layla- Ahmad Dhuat
powered by ODEO
6)-Kibaran Islam- Cpol/Dhuat
powered by ODEO
7)-Hizbullah- Cpol/Dhuat
powered by ODEO
8)-Marhaen- Cpol/Dhuat
powered by ODEO
9)-Abdullah's Song- Ahmad Dhuat
powered by ODEO
10)-Kembali Beraksi- Ahmad Dhuat
powered by ODEO
11)-Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat
powered by ODEO
Sekian dari kami, terima kasih! :)
p/s:Teringat semasa bertatih membuat lagu mula-mula dahulu.Sedih! PC takda, sekadar demo memanjang, ipod rosak, idea terperap.Alhamdulillah
ALLAH bagi Peluang.Alhamdulillah, ALLAH beri keizinan.
Keyboard sekarang ini sudah rosak, secara relatifnya terbantutlah sedikit penghasilan melodi juga rakaman untuk album seterusnya, Filasuf Sufi dan Hidup!
Apapun jua, perjuangan akan diteruskan
Alhamdulillah dan tetap ALLAHHUAKBAR!
p/s:Semoga kita semua ketemu malam yang berkah itu.Ameen
No comments:
Post a Comment