Berdakwahlah semampumu..
Saya tahu bahawa amat berat untuk menaik-taraf menjadi pendakwah tegar.
Sebenarnya, setiap hari-hari kita adalah hari berdakwah.
Percakapan kita dan perbuatan kita adalah dakwah.
Akhlaq kita adalah dakwah.
Kini, kemelut ’minyak’ sedang membadai Malaysia, dan kita sedang berusaha
menyesuaikan dengan keadaan berdasarkan sumber pendapatan yang sangat-sangat terhad.
Ketahuilah, bahawa akhirat itu nyata, dan bukanlah kalam ini merajuk dengan dunia.
Keadan dunia ketika ini seolah-olah bersetuju dengan keutuhan akhirat.
Kalian merasakannya juga kan?
Berbalik kepada persoalan dakwah tadi, ya kemelut minyak sedikit sebanyak
mempengaruhi emosi, semangat kerja dan semangat dakwah kita juga.
Dahlah masa begitu terhad dengan keluarga, ditambah lagi perlunya sebahagian daripada kita untuk bekerja lebih masa atau kerja luar tambahan demi untuk memberi anak-anak makanan, pakaian dan pendidikan.
Ya, institusi keluarga juga terjejas disebabkan kemelut minyak ini.Bertambah kuranglah ’waktu kualiti’ diluangkan untuk keluarga.Tu belum termasuk dalam kes individu yang ’Angin Sentiasa’ tatkala duit tak ada.Ketika inilah persefahaman
yang mendalam daripada seluruh seisi keluarga diperlukan untuk menangani masalah ini.
Fenomena ini juga turut mengundang peningkatan jenayah demi untuk meneruskan gaya taraf hidup yang ’stylo-milo’.
Doa memainkan peranan penting, seperti pentingnya kita berusaha.
Di kala ujian ekonomi menerpalah para pejuang diuji akan kesungguhannya.
Berdakwahlah semampumu, bersabarlah, berhikmahlah menghadapi ujian ALLAH ini.
Bersyukurlah, kita masih dapat makan, masih dalam keadaan negara aman, bekalan makanan masih mencukupi.
Tidaklah bermaksud bersyukur itu mendiamkan diri tatkala kita ditindas.Pengurusan bumi Malaysia ini masih di jajah oleh ’Warisan nan RAKUS’!.Pak Lah adalah produk daripada rejim ini.
Kesemua ini adalah petanda kiamat sudah dekat.Tolonglah, kembalilah kepada ALLAH.
Bersungguhlah membina banglow di akhirat kelak, tapi janganlah langsung melupakan dunia. Tu, si miskin, belalah nasib mereka, tu yang tersasar, pimpinlah depa.
Kalian tentu sedarkan bahawa ini merupakan peringatan daripada ALLAH.
Kembali kepada punca.
Setiap manusia mempunyai peranan masing-masing di dalam dunia ini.
Ada yang menjadi guru, ada yang menjadi nelayan, juruteknik, designer,
doktor dan sebagainya.Profesion ini adalah amanah daripada ALLAH buat kalian.
Jalankan dengan penuh jujur dan ikhlas.
Dakwah akan terpancar di sana.
Jikalau bolehlah, sertailah jemaah kalau kamu mampu.
Naqib akan membantumu memancarkan dakwahmu di kejirananmu, di tempat kerjamu kerana itulah dakwah kamu hari-hari.
Dakwah bukanlah berkumpul dan ’huhahuha’ di suatu tempat dengan kelompok yang sama, membuat perbincangan ’terjangkau’ dan kununnya realistik dan ’syok sendiri’.
DEY! Kita tak cukup pendakwah tau, masa pun tak cukup, duit pun semakin diserap ke entah ke mana.Cukuplah berhimpun dengan sesama sendiri dan bercakap besar.
Nah, sekaranglah masanya untuk menyebarluaskan dakwah di tempat-tempat yang sangat relevan denganmu iaitu di tempat kerja dan mukim kamu bermastautin.
Mulakan dengan nama ALLAH dengan penuh berhikmah, biarpun bertahun lamanya.
Berdakwahlah sesungguhnya di tempat yang kamu telah ditempatkan oleh ALLAH.
Dapatkanlah tips berdakwah menerusi kolakarya/usrah kamu.
Chilhood Dream.
Cubalah renungi apakah sebenarnya cita-cita kerjaya kamu di kala kamu masih anak-anak?Dengan menuju ke arah tersebut, potensi dakwah serta kemanisan hidup kalian kian bersinar, percayalah!
Namun, pembaris realistik janganlah dipinggirkan.Ya, kerja sekadar mencari nafkah dan untuk menjana dakwah serta hobi kalian.Berbanding bekerja di bidang yang kalian benar-benar idamkan, di mana potensi sebenar diri kalian akan DIGERGASIKAN, mana yang lebih bermanfaat untuk dakwah?
Bukanlah tujuan saya untuk mengubah hidup kalian, tetapi nasihat ini lahir dari hati yang jujur untuk kalian fahami bahawa hidup kalian adalah amanah daripada ALLAH dan kalian berhak untuk menjadikannya yang terbaik.Ya, kalian berhak untuk MEMILIH!
Pilihlah kerjaya, calon isteri/suami dengan menepati idamanmu serta tidak bercanggah dengan kehendak ALLAH.
Ketahuilah bahawa hidup ini sekali dan jadikanlah ia bermakna!
Akhir kata, akahirat jangan lupa.
No comments:
Post a Comment