Wednesday, July 23, 2008

Aku Ingin Bersama Selamanya

Aku Ingin Bersama Selamanya

Ketika tunas ini tumbuh, serupa tubuh yang mengakar

Setiap nafas yang terhembus adalah kata

Angan, fikir dan emosi bersatu dalam paksi nan luluh

Sejarah kita terikat, jiwa kita bersatu

Menyuluh nusantara degan gagasan Islam

Maka setiap apa terucap adalah pedoman sang Alim Ulama

Ah, di luar itu pasir, di luar itu debu

Hanya angin meniup saja, lalu hilang terbang tak ada

Tapi kita tetap menari, menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandu, maka duduk saja

Maka akan kita bawa semua

Kerana kita adalah satu

3 comments:

nursaiful said...

HAMBA

siapalah diri
tika melangkah
di kamar sepi
mencari makna

cerminan wajah
menyerlah jiwa
kerdilnya rasa
diri yang fana

c/o sinarkan jiwa sekian lama
calaran noda kerana alpa
mengharap redha dalam melangkah
padaMu Tuhan segala pinta..

kini kutahu
makna menghamba
mengharap redha
selama-lama...

nursaiful said...

tajuk lagu: tazkirah

Sudah kauterlupa
mimpi yang meluka
hingga tergamak berkata
pusara kita berbeza

hayat meskipun sama
taqdir insan berbeza
gerunlah pada QalamNya
sebelum tertutup mata

c/o mati bukanlah selama
di mahsyar kita bersama
ratapan tangis bergema
saksi ingkarnya di dunia

siapalah engkau siapa
menegah kata Pertama
wahyu yang mengajar hamba
ternyata engkau terlupa

apa alasanmu hamba
wujudmu kerana Pencipta
bukan 'tuk' menderhaka
kerana hayatmu sementara

nursaiful said...

Penawar Jiwa

Selamilah kolam maknawi
hingga ketemu
apa yang dicari

dakilah puncak makrifat
agar kautahu
hakikat tersurat

muwajahah menghadap Tuhan
bisa menyuci
cermin peribadi

sekukuh nafi dan isbat
memadam bara
segala siksa

secerah pawarna maya
tiada tertahan
pancaran redha

menghitung butiran tasbih
dan air mata
penawar jiwa...