Wednesday, July 02, 2008

Harapan sang ayah.

Harapan sang ayah.

Dialog 1
Ana nak dia menjadi pejuang agama seperti ana.

Monolog 1
Maulana yang tinggi akhlaqnya, insyaallah itu yang akan kau jadi nak...

Dialog 2
Hafiz, menghafal seluruh isi alquran dan menterjemahkannya ke dalam bentuk perbuatan, nah itulah harapanku buat anakku.

Monolog 2
Seorang yang berbakti kepada masayarakat amnya, ahli politik yang takut akan ALLAH, itulah cita-cita saya yang tidak dapat dicapai di kala ini, mudah-mudahan anak ini bakal meneruskan cita-cita murni itu.



Nota:

Sang ayah dan ibulah yang membentuk anaknya.
Setiap manusia mempunyai peranan dan cita-cita yang berbeza.
Jikalau sama, punahlah dunia.

Bayangkan... semua mahu jadi petani.
Ok semua mahu menjadi murabbi...
Hmnn semua mahu menjadi parajurit agama...

Bukan tidak boleh, pilih dan didiklah anak mengikut kecenderungan si anak itu.

Jikalau si dia meminati seni dan musik, masakan dipaksa anak itu menjadi akauntan.Dan jika pula si anak minat belajar agama, janganlah pula dipaksa anak itu menjadi ahli politik.

Pengkhususan amat penting bagi saat ini dan amat jarang sekali manusia pakar dalam segala bidang.

Tetapi harus di ingat, walau apapun karier yang bakal dipikul kelak, sang anak tidak boleh tidak meminggirkan peranan menjadi DAEI, RiJJAL, AMILLIN.

Pokoknya, di bidang apa jualah si anak itu, didiklah hatinya agar sentiasa tunduk kepada ALLAH juga tidak lupa untuk memberi manfaat kepada manusia seluruhnya.

Yes! SUFI HARAKI.

Nasihat:

Jauhilah kata-kata kesat.
Kepimpinan melalui teladan.
Jauhi/tapis pengaruh buruk masuk ke dalam rumah (ie manusia, media, berita)
Pupuklah minat si anak.
Sering mendoakan si anak.

1 comment:

Anonymous said...

Lu terlalu bercita-cita tinggi a bro, tak logik.

Mana ada kesemuanya anak pejuang akan menjadi pejuang seperti ayahnya.

Realistik la sikit beb!

Seperimana kerjaya, bidang dakwah ni tak boleh dipaksa tetapi boleh dicita.

Selamat berjumpa dengan si dia :)