Thursday, July 17, 2008

HIDUP!-prolog kepada Filasuf Sufi


-Entry berikut ditulis oleh saudara Cpol-


Assalamualaikum Warahmatullah.

Seperti yang telah saya janjikan dalam artikel yang lalu, saya akan menulis sebuah entri berkenaan projek terbaru Dhuat. Alhamdulillah, setelah lebih daripada 5 tahun, Allah masih memberikan perkenan (dan kekuatan) untuk kami melangkah dengan karya-karya terbaru. Tempoh 5 tahun memberikan kami terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang amat berharga, yang dapat dikutip di sepanjang perjalanan yang dilalui. Sepanjang tempoh tersebut juga, ranjau dan halangan tak putus-putus - seakan ingin mengingatkan kami betapa sukarnya jalan yang ditempuhi (dan betapa lebih banyak mehnah yang belum kami tempuhi).

Masya Allah, betapa kerdilnya kami untukmenyatakan bahawa kami telah puas dengan semua ini.

Sepanjang perjalanannya, Dhuat telah menghasilkan beberapa album dakwah (bukan nasyid), dengan kemampuan yang ada. Sebagai sebuah entiti yang bergerak di luar lingkungan komersial, segala yang dihasilkan adalah atas satu motif - mengajak manusia kembali kepada kehidupan bertuhan. Manhaj dakwah kami mudah - berdakwah menerusi hiburan - sekadar kemampuan yang ada.

Setelah Filasuf-Sufi, Insya Allah, Dhuat akan tampil dengan album baru: HIDUP.

Apa Yang Kami Serukan?

HIDUP mengetengahkan persoalan mengenal potensi diri dan menginsafi hakikat kewujudan diri. Kegagalan mengenal erti kewujudan insani menyebabkan manusia semakin menyimpang jauh daripada tujuan penciptaannya yang sebenar. Kerosakan dan kemusnahan yang berada di hadapan mata kita adalah akibat punahnya nilai peradaban.

HIDUP bakal membincangkan persoalan rohaniah dan motivasi, maknawi insani dan nilai sebuah kewujudannya. Ini kerana, tidak dapat tidak, makhluk yang bernama manusia perlu mengenali dirinya dan memahami mengapa ia dijadikan, di dalam perjalanannya menuju makrifatullah (mengenal Allah).

Ternyata persoalannya tampak berat, justeru ingin kami garapkannya dalam bentuk yang paling mudah dan indah, agar mesejnya dapat difahami bersama.

Dialah (Allah) yang menjadikan manusia dari segumpal darah menjadi makhluq yang paling mulia, dan selanjutnya Allah memberikan potensi (al-qudrah) untuk berasimilasi dengan segala sesuatu yang ada di alam raya yang selanjutnya bergerak dengan kekuasaan-Nya, sehingga ia menjadi makhluq yang sempurna, dan dapat menguasai bumi dengan segala isinya.

Wallahu A’lam.


Nota tambahan:

Kronologi album Dhuat
2002-For the sake of ALLAH
2004-Pesanan Untuk Dunia
2005-EP Pejuang Sejati
2005-EP Gagasan Pendakwah(Album tak jadi)
2008-Revolusi Pejuang Sejati
2008-Filasuf Sufi:Suatu Terapi
2008-Hidup!

Alhamdulillah dan Allahuakbar!


Berikut disertakan lagu motivasi kegemaran saya di sekitar 90 an.


fikirkan boleh - metropolitan

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



Disertakan lagu motivasi oleh kumpulan Tulang.











Darah
Composed and lyric by Enai

Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan

Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia

Pandanglah
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya

Selagi ada darah
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena disiang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mati

Segala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
Percayalah...

2 comments:

cpol said...

iftitah (tajuk iftitah ni bermaksud pembukaan - intro cadangan bagi album ini)

iftitah

kenali dirimu, apa tujuanmu
yang setitis itu, apakah engkau tahu
azab bergema, menyapa di telinga
lahirlah manusia bersama taqdirnya...

pandanglah wajah, megah ciptaan-Nya
engkau dicipta, menjadi khalifahnya
bukan sekadar, melata di dunia
memimpin manusia, alam semuanya...

c/o
perkasakan jiwa, setinggi angkasa
semangat di dada, biarkan menjelma
di hati membara, semegah semarak
serlahkan segala, maralah melangkah

binakan diri, apa yang kauleka
masa berharga, selami sedalamnya
bukan mengharap, rembulan ke riba
harunglah dunia dengan sesungguhnya...

(ana cadangkan rentaknya rancak - sesuai dengan susunan kata)

dhuat79 said...

Cayalah cpol!
Ana suka akan lagu high spirit.
Melodinya insyaallah akan 'penuh energy'!