Wednesday, August 13, 2008

Lagakku M Nasir




Pengaruh M Nasir ke atas aku,

Bermula dengan Ekspress Rakyat, Duit-duit, memang meminati musiknya sedari kecilku.

Sehinggalah apabila aku menginjak dewasa, aku mulai 'study' siapakah M Nasir ini.Album Kembara hadamanku yang biasa di dalam kereta papa.

Kaset, benda yang paling sinonim denganku, pastinya terdapat lagu M Nasir selain lagu rock yang lain, Wings misalnya.

Kononnya juga, aku mempunyai rock band.Dibubarkan dan menjadilah artis duo dan kemudian solo.Haha resepi yang sama, cumanya aku tidaklah terkenal.

Semasa di kolej seni dahulunya, seorang kenalan berkata tentang aku.
Ahmad ni cara pakainya, cara fikirnya mirip M Nasir heh!

Gaya baju merah M nasir menjadi kegilaan 'budak-budak' macam aku pada suatu ketika dahulu.Ya! Konsert Akar! Rambut panjang juga!

Srikandi Cintaku, Canggung Mendonan dan konsert Akar adalah kegemaranku berbanding album yang baru ini.Serasa jiwa agak kurang.

Semasa di sekolah menengah, oh kegilaanku mendengar lagu kepadaMu Kekasih. Hmnn bila dah tua barulah faham yang lagu itu ditujukan untuk Tuhan.

Akhlaqnya berlakonan berpegangan tangan, hmnn tak boleh pakai mamat ni.
Aku de-tach dengan ikon ini pada tahun 2000 pabila ku temui islam.

Selamat tinggal M Nasir, tetapi lagu-lagumu tetap menjadi poojaan hateko....
Wo o o o pujaan....

No comments: