Thursday, August 14, 2008

Aku akan terus bernyanyi!


Aku akan terus bernyanyi!

Walaupun keadaan kesihatan suaraku sekarang ini di bawah tahapan normal,
aku lakukan rakaman jua.Rakaman adalah darah dan dagingku.

Kami akan terus berkarya, untuk Malaysia yang lebih cerah.
Pencerahan? Ya.Tetapi melangkaui pencerahan itu sendiri.

Ladang akhirat.

Tema untuk Album kali ini, kami terapkan unsur keyakinan terhadap diri.

Rata-rata pelajar islam melayu, aku dapati, agak kurang ketrampilannya.

Dalam suatu krusus motivasi, pelajar melayu lelaki ababila diberi peluang
berucap seorang diri, akan teragak-agak dan malu malu dan kurang keyakinan.

Berbeza pula apabila mereka duduk di kelompok sesama mereka, lawak jenaka, seloroh dan mengusik,
dengan penuh keyakinan, mereka melakukan bersama-sama.Bersatu itu teguh!


Berikut disertakan lagu iftitah(pembukaan) bagi album kami ke sekian kalinya, HIDUP!

Lirik: Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Album: Hidup!
Jurutera Bunyi:Romeo
Vocal:Ahmad












iftitah

kenali dirimu, apa tujuanmu

yang setitis itu, apakah engkau tahu

azan bergema, menyapa di telinga

lahirlah manusia bersama taqdirnya...


pandanglah wajah, megah ciptaan-Nya

engkau dicipta, menjadi khalifahnya

bukan sekadar, melata di dunia

memimpin manusia, alam seluruhnya...


c/o

perkasakan jiwa, setinggi angkasa
semangat di dada, biarkan menjelma

serlahkan segalanya, maralah melangkah


binakan diri, apa yang kauleka

masa berharga, selami dalamnya

harunglah dunia dengan sesungguhnya...


Untuk mendownload, sila klik http://media.switchpod.com//users/kaset79/iftitah.MP3

No comments: