Friday, January 23, 2009

INTEGRITY

Lirik/Komposer:Dhuat
Artis:Dhuat
Music Arrangement:Dhuat
Jurutera Bunyi:Romeo
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Album:Hidup!
Tahun Produksi:2008
Penerbit:THE BOSS!


Integrity - Dhuat

Lakukan apa yang ingin kau lakukan
BERUBAHLAH! menuju ke hadapan
BERTENAGALAH menjana ke arah wawasan
Hidupmu kan SEGAR dengan KEPUASAN

Lihatlah ke dalam cermin realiti
kenapalah kau masih di sini?
Masih lagi mengikut rutin duniawi
Ayuh! muliakan diri dengan INTEGRITY

Reff
Hari masih CERAH
Pandangan pun LUAS
TRAMPILKANLAH diri mu dik,
SINARKAN dunia (2x)

Reff 2
Sayangilah ummat MUHAMMAD
Hormati perbezaan kita
Mari bersama tegakkan syiar ISLAM,
kembalikan sitem KHILAFAH


Nota: Aku tau ramai yang tak dengar 'Nasyid' ni lagi... Aku ingin mengembalikan nasyid POSITIF sepertimana lagu Suara Firdaus - 'Menuju wawasan' ala yang lagu "Ummat Islam harus cemerlang hari ini pasti lebih baik dari semalam..." Aku sayang nasyid, suka nasyid tetapi tolonglah sahabat, hentikanlah lagu bermesej mendayu-dayu itu, bukan tidak boleh tetapi penuhi jugalah lagu semangat pembakar jiwa nan POSITIF!


Untuk mendownloadnya, sila klik SINI dan save as...

3 comments:

Anonymous said...

Ya... hentikan segala nasyid yang mendayu-dayu. Nasyid bukan platform menghalalkan maksiat dan perkara-perkara yang melalaikan!

alifmimyanun said...

terrible. musik tak kene ngan mood lagu. lagu pun melewe pade sesetengah bahagian.

verse, oo part yang terrible adelah verse.

saye baru jumpe blog ni, so abg buat yang mane satu dulu ?
lagu atau lirik ?
dari ape yang saye dengar, rasenye dari lirik itu dilagukan.

so kadang2 care ni tak sesuai, sebab sukukate lirik tak semestinye tepat ngan susunan melodi lagu.

Anonymous said...

Badar Kedua

oh merpati putih yang terbang
sampaikan salam daku pada mereka
yang harum namanya di pintu syurga

kanvas putih dan simbahan darah
yang kutahu hanya harum kasturi
bingkisan jiwa-jiwa yang waja

c/o
aku ingin menjadi petualang di mata manusia
kerana mempersembah Kalimah kepada mereka
menjelajah bumi yang diratah dan dimusnah
dengan senjata dan nafsu rejim penuh celaka

berikanlah gersang dan debu
akan kususun ia menjadi lagu
menghiburkan pemuda dan ratu

wahai pembela kiblat pertama
bebaskanlah ladang yang terjajah
agar berulang Badar Kedua

(ulang c/o)