Friday, January 02, 2009

Maple (makan place)

Sedari 1980an, budaya makan di luar memang tidak asing lagi bagi penduduk harmoni Malaysia.
Roti canai dan teh tarik sudah ada di Malaysia semenjak zaman kemerdekaan lagi (Merdekakah kita?) Roti canai dengan gula, susu, kuah kari. dhal dan sebagainya memang menjadi pilihan popular masyarakat di Malaysia.

Mari kita telusuri budaya MAPLE (baca:MAPELE') di Malaysia ini, menurut hemat sayalah.
(Jikalau sipenjual menjaja dan berjalan menjual juadah, itu bukan MAPLE ya?)
Kopitiam di zaman sebelum kemerdekaan, ini diikuti restoran melayu, mamak stall, cafe house, bistro dan kembali kepada kopitiam.

24 jam?
Asalnya mamak stall di Up Town hanya buka sehingga ke pagi semata-mata menurutkan 'demand' si pengunjung disko(clubbing takdak lagi zaman 90an ye) yang ingin mengalas perut setelah semalaman bersenam aerobik jadah haram.Waktu operasi dilanjutkan hingga ke 24 jam menurut kehendak semasa.Discodut pun sama jer, menghidangkan air neraka jahannam!

Moral:Orang baik takkan keluar malam melainkan melakukan program, berdakwah dan persediaan pilihanraya adanya...(Mamak jugak yang untung hehe...)

No comments: